Isnin, 10 Januari 2011

Wanita lwn wanita di Tenang?

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Besar Kemungkinan pertembungan antara wanita berlaku di Tenang apabila BN dikatakan akan mengemukakan calon wanita manakala PAS juga mempertimbangkan dua calon iaitu seorang lelaki dan seorang wanita.

"Mesyuarat hari ini telah membuat keputusan calon yang akan mewakili PAS tetapi ianya hanya akan diumumkan 16 Januari ini di Tenang," kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Katanya, mesyuarat telah memilih salah seorang dari dua calon yang telah disenarai pendek oleh PAS Johor iaitu seorang dari Pemuda dan seorang lagi dari Muslimat PAS.

PAS hari ini mengadakan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut. Ini adalah mesyuarat pertama yang diadakan disitu selepas bangunan itu mengalami kebakaran kecil hujung tahun lalu.

Antara agenda mesyuarat hari ini adalah mempertimbangkan calon untuk pilihan raya kecil Tenang bagi mewakili Pakatan Rakyat.

Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat 19 Disember lalu di Pulau Pinang telah memutuskan calon PAS akan mewakili Pakatan rakyat dalam pilihan raya kecil ini.

Menurut sumber media, BN akan meletak calon wanita dalam pilihan raya kecil ini. Ia dikaitkan dengan lobi MCA. Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek adalah bekas anggota Parlimen Labis manakala dalam pilihan raya umum lalu anak beliau menjadi calon BN dan menang.

PAS Johor pula telah menghantar dua calon, seorang lelaki dan seorang wanita untuk dipilih oleh pucuk pimpinan PAS dalam mesyuarat hari ini.

Sebelum ini, lima nama disebut-sebut untuk dipilih sebagai calon PAS.

"Kita telah pilih salah seorang dari dua calon yang dikemukakan oleh PAS Johor itu," kata Mustafa kepada Harakahdaily hari ini.

PAS dijangka akan memaklumkan keputusan ini kepada pucuk pimpinan Pakatan Rakyat dalam pertemuan menjelang ceramah dan solat hajat di Stadium Melawati malam ini.

12 ulasan:

Mohd Ishak berkata...

Semoga calon yang terbaik akan menang pada pilihan raya Tenang.

tombolo berkata...

pilihlah calon yang benar2 sesuai dan ia disukai rakyat.

Jason berkata...

I agree with Tombolo. Choose candidate that is really qualified and liked by people. Having to choose the wrong candidate will definitely cause the party to lose in thiselection.

Jason berkata...

All the best to all candidates! May the best man win.

madd berkata...

sama ada calon yang akan bertanding lelaki atau wanita, pastikan calon tersebut diterima rakyat dan bertanggungjawab.

madd berkata...

semoga persaingan sihat akan berlangsung dan yang terbaik akan menang.

Paquin berkata...

Pilih calon yang benar2 layak utk rakyat. Jangan kemudian hari baru banyak komen.

Paquin berkata...

Semoga calon bertanding dengan cara sihat.

Hamdan Hadillah berkata...

Mungkin saingan di Tenang ini satu saingan yang sengit antara wanita vs wanita. Tapi kita nantikan calon sebenarnya nanti.

Tanpa Nama berkata...

berhati2 semasa memilih calon, jangan disebabkan mahu menunjukkan kelainaan atau perubahan, maka semuanya diubah tanpa mengambilkira penerimaan rakyat terlebih dahulu..

Tanpa Nama berkata...

selain faktor parti dan isu2 diperingkat tempatan dan nasional, faktor calon juga sangat mempengaruhi sokongan rakyat terhadap parti atau calon yang bertanding.

elia berkata...

Kejayaan anda bukan bergantung kepada jantina anda, usaha adalah tangga kejayaan.