Salmah Mat Husain |
KOTA BHARU: Calon PAS yang bakal bertanding dalam Dun Tenang, Normala Sudirman, diyakini bakal mendapat sokongan padu dari pelbagai masyarakat termasuk kaum Cina dan India. Perkara itu diakui Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof, semalam ketika diminta mengulas berhubung pemilihan calon terbabit. Katanya, walaupun penamaan calon belum lagi bermula, namun ‘mood’ rakyat khususnya golongan Cina dan India begitu gembira dengan pemilihan Normala oleh pucuk pimpinan. “Mereka bukan sahaja bersedia untuk bertugas, berkempen nanti, sebaliknya akan memberi sokongan dalam pelbagai bentuk agar calon kita menang pada pilihan raya itu nanti,” ujarnya. Sehubungan itu, Zailah juga mengucapkan terima kasih pada pucuk pimpinan PAS termasuk pimpinan Pakatan Rakyat yang lain kerana memilih golongan muslimat untuk bertanding di situ. “Ianya merupakan satu pengiktirafan pada golongan wanita yang selama ini dituduh kita tidak mendapat tempat dalam PAS sebagaimana yang didakwa oleh pihak mereka,”ujarnya lagi. Beliau juga berpendapat, kemungkinan kepercayaan diberikan pada muslimat hasil kejayaan wakil rakyat Pakatan Rakyat wanita disemua negeri sama ada peringkat Dun atau Parlimen. Normala, 38, yang juga Ketua Muslimat PAS Labis akan ditentang bekas bendahari Pemuda Umno Labis Mohd Azahar Ibrahim diumumkan sebagai calon mewakili BN dalam pilihan raya kecil itu. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 22 Januari sebagai tarikh penamaan calon, manakala pengundi pada 30 Januari depan. Kerusi Dun Tenang kosong ekoran kematian Datuk Sulaiman Taha di Hospital Pakar Ampang Puteri di Ampang pada 17 Disember lalu kerana jangkitan kuman dalam darah serta suhu badan yang tidak stabil. |
Khamis, 20 Januari 2011
Normala disenangi semua kaum
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan