Nazri Abdullah |
KUALA LUMPUR: Datuk Mahfuz Omar menyifatkan Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai 'pengadu domba nombor satu' apabila menyokong tindakan pemimpin MCA menakutkan masyarakat Cina dengan isu negara Islam. Beliau yang juga Naib Presiden PAS berkata, sikap Timbalan Presiden Umno itu bukan sesuatu yang pelik, malah yakin itulah mainan pemimpin Umno sejak melihat sokongan bukan Islam kepada Pakatan semakin bertambah. Tambahnya, tindakan itu juga menjelaskan betapa Muhyidin yang juga Timbalan Perdana Menteri tidak ada isu untuk berdepan Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil Dun Tenang kali ini. "Satu ketika bila berdepan masyarakat Melayu dia (Muhyidin) kata PAS nak hapus negara Islam, kononnya mahu menanam kebencian orang Islam kepada PAS. "Tapi bila berdepan pengundi bukan Islam dia kata PAS mahu tegak negara Islam kerana mahu takutkan orang bukan Islam menyokong PAS. "Beginilah orang tak ada isu, pengadu domba nombor satu," katanya. Sehubungan itu beliau mahu rakyat menilai sikap pemimpin Umno dan BN yang disifatkannya mampu mengancam keselamatan negara. Sebelum ini, isu negara Islam yang dibangkitkan oleh presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan disifatkan oleh Muhyiddin sebagai tindakan "mengingatkan masyarakat Cina". Muhyiddin juga dilaporkan berkata "ada baiknya" MCA berbuat demikian kerana sehingga kini, PAS tidak pernah menukarkan perlembagaan yang menggariskan agenda untuk menubuhkan negara Islam. Bagaimanapun, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang membidasnya dengan menyifatkan ia "isu lama" dan masyarakat Cina tidak akan terpedaya dengannya. Berhubung isu calon PAS, Normala Sudirman yang memakai sarung tangan sewaktu bersalam pula, Mahfuz menggesa Umno BN berhenti mempolitikkan isu tersebut dan menghormati pegangan seseorang dalam beragama. "Sama macam kita menghormati orang Hindu tak makan lembu, bukan bermakna lembu itu kotor, tetapi sebab pegangan agama," katanya. |
Selasa, 25 Januari 2011
Muhyiddin pengadu domba nombor satu
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
saya tidak pernah dengar tentang ini,dan saya x pasti perkara ini benar,dan saya tidak ingin mempercayai perkara yang tidak pasti kesahihannya..
Catat Ulasan