Ahli parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan dipercayai akan dikenakan tindakan disiplin kerana keengganannya menjawap surat tunjuk sebab PKR yang dikemukakan pada 4 Januari lalu.
Gobalakrishnan, yang dihubungi pada pelancaran parti baru pimpinan bekas ahli majlis tertinggi PKR, Datuk Zaid Ibrahim - KITA - mendakwa dia juga tidak dapat memenuhi tarikh akhir 17 Januari itu kerana surat sepanjang 45 mukasurat itu diterimanya pada hari yang sama.
Adalah dipercayai berikutan kegagalannya itu akan menyaksikan Gobalakrishnan diheret ke mesyauarat disiplin PKR kerana membidas parti itu dan pemimpinnya.
Bidasannya bermula apabila seorang peguam N Surendran dilantik sebagai naib presiden. Gobalakrishnan mendakwa penggantinya itu kurang pengalaman dan kelayakan bagi mewakili masyarakat India serta tidak fasih berbahasa Tamil.
Beliau juga menyalahkan Anwar kerana penutupan sebuah kuil Hindu di Bukit Gasing, Petaling Jaya.
1 ulasan:
Masuk MIC,dapat ler berjuang 100% utk bangder India.Jangan sembunyi dibelakang parti yg berjuang utk semuer kaum utk jadi popular.
Catat Ulasan