Isnin, 24 Januari 2011

Dia salam, peluk, tapi tipu sama kita'

Abdul Rahim Sabri

Kempen Pakatan Rakyat pada hari kedua di Tenang menyaksikan pendekatan baru apabila isu calon PAS Normala Sudirman yang tidak berjabat tangan dengan lelaki dipertahankan habis-habisan dalam ceramahnya.

Malah pada masa yang sama, tinjauan Malaysiakini di beberapa lokasi ceramah Pakatan malam tadi mendapati isteri perdana menteri Rosmah Mansor dan presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek kini menjadi sasaran utama kritikan pembangkang dalam siri ceramahnya.

NONEDi Bilik Gerakan DAP di Pekan Labis, ahli parlimen Puchong Gobind Singh Deo (kanan) menempelak tindakan Chua yang membangkitkan isu bersalam, sekali gus mempertahankan tindakan Normala yang bertindak menurut ajaran Islam.

"Jangan bangkitkan isu ini. Tumpu kepada isu yang lebih besar. Chua Soi Lek, jangan cakap banyak," katanya yang mendapat tepukan gemuruh kira-kira 200 pengundi Cina.

Sebaliknya Gobind yang juga seorang peguam menyindir Chua yang terlibat dengan skandal seks suatu ketika dahulu.

"Semua orang tahu. (Tapi) Kalau betul-betul mahu tengok..." katanya sambil disambut pekikan seorang hadirin "CD", menyebabkan hadirin yang lain ketawa.

Berucap dalam majlis yang sama, ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad pula berkata, tindakan BN itu lebih baik daripada sikap BN yang didakwa "dia salam, dia peluk tapi dia tipu sama kita".

Mat Sabu: Dia enjoy merata dunia

Anggota biro politik PAS itu berkata, sekiranya Normala bersalam sekali pun, BN akan tetap "memusing" isu berkenaan.

"Mereka akan kata, tengok perempuan itu, dia pakai tudung, tapi sama lelaki dia bersalam... Dia pusing, dia cakap lain, buat lain," katanya dengan telor Cina.

opposition boycott by-election 110107 mohamad sabuSementara itu, dalam ceramah di Kampung Bukit Mambai tidak jauh dari situ, ahli jawatankuasa PAS Pusat Mohamad Sabu pula mengambil pendekatan menempelak Rosmah yang didakwa "mencampuri urusan politik dan menghabiskan wang rakyat".

Penceramah popular itu berkata, tindakan Rosmah itu berbeza sekali dengan isteri-isteri perdana menteri sebelum ini.

"Kenapa kita hentam Rosmah? kerana dia campur tangan dalam (urusan) politik dan menghabiskan wang rakyat. Dia enjoy merata dunia, dengan wang kita," katanya di hadapan kira-kira 100 hadirin.

Mohamad Sabu juga mendakwa sidang wanita pertama yang dinaungi oleh Rosmah, termasuk lawatan ke Oman dan Arab Saudi baru-baru ini, menelan belanja berjuta ringgit, yang disifatkan sebagai "membazir"

Mohamad Sabu yang juga bekas naib presiden PAS menegaskan, perkara barkaitan dengan urusan hal ehwal antarabangsa sepatutnya boleh diuruskan oleh menteri luar yang dilantik.

"Bukan kritikan kita terhadap peribadinya sama ada (beliau) pendek atau tinggi, bukan.

"Tetapi kerana (beliau) menghabiskan wang negara. Kerja-kerja yang dibuat tidak berfaedah, kerana menteri ada tugasnya," katanya.

Tiada ulasan: