LABIS: Biarpun diserang dengan pelbagai fitnah, kempen calon PAS, Normala Sudirman atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Mala, bertemu pengundi Dun Tenang sdikit pun tidak terjejas.
Pada sidang medianya semalam, Cikgu Mala menampilkan keperibadian yang tinggi apabila menjelaskan beliau tidak akan sesekali membalasnya dengan membuat serangan peribadi kepada pihak lawan.
"Saya tak akan buat serangan peribadi terhadap pihak lawan. Itu pendirian saya walau apa pun mereka buat pada saya.
"Saya percaya Tuhan akan melindungi saya," katanya.
Tambahnya lagi, beliau sedikitpun tidak terkesan dengan serangan peribadi yang dibuat terhadapnya kerana telah membuat persedian awal sebelum nekad menerima tawaran menjadi calon.
Selain itu katanya, beliau tidak mahu membuang masa untuk menjawab fitnah tersebut kerana mahu fokus bertemu seramai mungkin pengundi Dun Tenang sepanjang tempoh kempen ini.
"Saya telah buat persiapan jiwa dan mental...saya sentiasa berdoa agar Tuhan melindungi saya.
"Ianya sedikit pun tidak melemahkan perjuangan saya untuk membela nasib rakyat," ujarnya lagi.
Sejak tempoh kempen bermula 22 Januari lalu, Ciku Mala berdepan beberapa serangan peribadi yang dilemparkan Umno BN.
Ianya termasuk isu tidak bersalam dengan lelaki ketika hari penamaan calon yang dibangkitkan presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.
Selepas itu, Cikgu Mala kemudiannya memakai sarung tangan bagi membolehkannya bersalam dengan semua orang.
Namun beliau tetap diserang dengan mempersoal kenapa bersalam dengan wanita juga memakai sarung tangan.
Bagaimanapun, isu itu telah dijelaskan oleh Naib Presiden PAS Salahudin Ayub yang mengatakan ia bukan isu kerana setiap kaum mempunyai cara tersendiri untuk mengucapkan salam dan bersalaman.
Selain itu, Cikgu Mala turut difitnah sebagai pernah bertanya kepada seorang peniaga Cina "kenapa jual minuman arak".
Tuduhan itu dilaporkan dibuat oleh ahli parlimen Labis Chua Tee Yong.
Bagaimanapun Cikgu Mala menafikan perkara itu malah PAS mencabar Chua menyatakan di mana, bila dan tempat, calon PAS bercakap sedemikian.
Chua juga diberi tempoh 24 jam bagi menjelaskan tuduhan tersebut, atau berdepan tindakan saman fitnah yang dijangka akan dikemukakan PAS sekiranya tiada jawapan munasabah dari Chua dalam tempoh tersebut. |
13 ulasan:
Ya, bertandinglah dengan bersih, tak perlu menggunakan taktik kotor untuk memburukkan musuh.
serangan peribadi adalah tidak patut dilakukan dalam kempen pilihanraya.
kepada mana-mana pihak pun, bersainglah dengan sihat dan adil.
rakyat kena bijak membuat penilaian. pilihlah calon yang terbaik dan mampu menjalankan tugas dengan baik.
Selamat berjuang kepada kedua-dua pihak. Bersikap matanglah dan bersedia dari segala aspek.
Semua pihak memang patut bertanding cara bersih. Tak perlulah serang2 soal peribadi ni.
Apapun, semuanya terpulang pada penilaian rakyat. Buatlah keputusan yang terbaik.
There is no need for personal attack.
Compete fairly. Health competition is what all politician should do.
sebelum ini PAS juga pernah mengugut untuk membuat serangan peribadi. bermakna PAS juga sebenarnya berniat untuk membuat serangan peribadi tetapi tidak ada peluang kerana calon BN bersih dan tidak mempunyai reputasi buruk.
sebenarnya serangan2 peribadi itu bukanlah dilakukan oleh pihak lawan. ia dilakukan oleh para blogger.
Rakyat akan dapat mengenali siapa anda yang sebenarnya. Tidak perlu takut atau gentar jika anda tidak bersalah.
Semoga Tenang mendapat pemimpin yang boleh membantu mereka. Penduduk perlu memilih yang benar-benar boleh menjaga kepentingan mereka.
Catat Ulasan