90 peratus skim 1Care dibiaya kerajaan, baki potongan cukai individu
KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mempertimbangkan kemungkinan pelaksanaan Skim Penjagaan Kesihatan Nasional 1Care yang antara lain memberi pilihan kepada rakyat mendapatkan rawatan di hospital kerajaan atau hospital swasta tanpa mengira kedudukan sosial dan kewangan mereka.
Skim yang akan membabitkan penggabungan sistem pengurusan kesihatan kerajaan dengan swasta itu dijangka mewajibkan rakyat memilih atau melantik pengamal perubatan di klinik pilihan sebagai doktor keluarga dan pesakit hanya dirujuk ke hospital dengan sokongan doktor keluarga masing-masing.
Apa yang ada pada skim 1Care yang nak diperkenalkan ini?
- sebuah dana khas kesihatan dicadangkan untuk membiayai kos penjagaan kesihatan rakyat dengan mereka yang berkemampuan perlu menyumbang kepada dana itu menerusi bayaran bulanan (premium insurans), potongan cukai atau kaedah lain yang akan ditetapkan
P/S :Apa pendapat anda langkah kerajaan mahu menjadikan caj rawatan hospital kerajaan Vs hospital swasta seragam?
16 ulasan:
Bagi pendapat saya, selaraskan caj hospital swasta dengan hospital kerajaan mungkin boleh mengurangkan bebanan rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah dan sederhana. Tapi hanya jika kualiti pakar medik dan doktor masih dikekalkan.
Ini juga boleh memastikan bahawa tiada kekurangan tempat untuk menempatkan pesakit. Kita boleh lihat hospital kerajaan selalu penuh, pesakit terpaksa tangguh ataupun terpaksa keluar hospital lebih awal. Kalau pergi ke hospital swasta, bayarannya mahal. Tinggal beberapa malam dalam hospital swasta memakan kos beribu-ribu.
cadangan ini baik untuk rakyat jika benar caj rawatan hospital kerajaan dan swasta menjadi seragam.
jika pekara ini menjadi kenyataan, ini memberikan manfaat kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
keseragaman ini perlu kerana lazimnya kos perubatan di Hospital Swasta lebih tinggi berbanding Hospital Kerajaan. dgn seragaman ini, ia dpt mengurangkan beban pesakit untuk membiayai kos perubatan yang tinggi.
This is definitely a good news to the people. Do implement it.
satu berita baik kepada rakyat..
mungkin kurang menguntungkan kepada hospital swasta atas faktor kos..
Mcm OK juga ni kalau diselaraskan. Saya yakin banyak manfaat yang diperolehi nanti.
Cuma saya harap kualiti perkhidamatan hospital kerajaan & swasta akan terus dipertingkatkan.
skim ini dikatakan mirip dengan perkhidmatan kesihatan nasional yang diamalkan di United Kingdom. oleh itu, buat kajian terlebih dahulu sejauhmana keberkesanannya serta potensi skim ini untuk jangka masa panjang dan sesuaikan dengan keadaan di negara ini.
Malaysia bukanlah negara yang pertama mengamalkan skim ini, jadi jika negara2 lain yang telah menggunakan skim yang sama untuk rakyat mereka tanpa sebarang masalah, maka ianya wajar diguna pakai dinegara ini.
Satu cadangan yang bagus. Tapi lebih baik buat kajian dahulu sebelum ia dilaksanakan.
Ya, pertimbangan dan kajian perlu dibuat sebelum meluluskan cadangan ini.
Bagi saya kerajaan perlu memastikan peralatan dihospital kerajaan setanding dengan hospital swasta. Pada hari ini kita lihat hospital kerajaan masih lagi ketinggalan dalam memiliki peralatan perubatan.
Berkaitan dengan harga yang ingin diselaraskan, semua aspek kena lihat, mesti melihat cadangan ini secara menyeluruh. Jangan pula bila sudah di kuatkuasakan, ianya menimbulkan masalah.
Catat Ulasan