Rabu, 12 Januari 2011

Barang Naik, Ahmad Maslan Gelabah‏

Ustaz Idris Ahmad

Pemimpin Umno masih rungsing memikirkan mengenai janji Pakatan Rakyat 100 hari yang semakin diterima oleh rakyat apabila diberikan mandat untuk memerintah negara. Kenyataan Datuk Ahmad Maslan di Dewan Serbaguna Felda Chempelak Barat Tenang telah menyelar tindakan pembangkang yang selalu menghentam kerajaan berhubung kenaikan harga barang sebaliknya mencabar pembangkang menurunkan harga barang di negeri yang dikuasai mereka.

Ucapan Datuk Ahmad Maslan yang bertaraf Timbalan Menteri dan Ketua Penerangan Umno Malaysia lebih bersifat emosi dan gelabah menghadapi kebangkitan rakyat, terutama generasi kedua Felda di Dewan Undangan Negeri Tenang.

Tidak munasabah langsung cabaran beliau supaya negeri Pakatan Rakyat menurunkan harga di negeri yang mereka kuasai. Kenyataanya sama seperti kenyataan Timbalan Presiden Umno Tan Seri Muhyiddin Yasin yang mencabar pemimpin negeri Pakatan Rakyat naikkan gaji guru RM500. 00 sebagaimana janji dalam buku jingga.

Pimpinan pakatan Rakyat boleh menurunkan harga barang dengan syarat segala hak yang dipungut di negeri Pakatan Rakyat oleh kerajaan pusat seperti saman ekor, saman Jabatan Pengangkutan Jalanraya, cukai kastam, imigresen, cukai stem, tol, cukai jalan, cukai perkhidmatan 6 % di restoran, cukai kad kredit RM50 diserahkan kepada negeri Pakatan Rakyat.

Insyaallah negeri Pakatan Rakyat mampu memberikan kesenangan kepada rakyat, sebagaimana yang telah dibuktikan sekarang ini melalui air percuma , skim kifalah dan sebagainya walaupun hasil negeri tidak seberapa berbanding dengan pendapatan kerajaan pusat.

Kenyataan beliau ini tidak lebih daripada hendak melindungi rasa bersalah kerajaan yang ada gagal menguruskan rakyat dengan baik walaupun hasil negara melimpah ruah sehingga kehidupan rakyat semakin tertekan. Rakyat bawahan sudah mula merungut dengan kenaikan harga barang.

Kuasa membeli di kalangan rakyat semakin rendah seperti komen Pengurus Kanan Kumpulan TA Investment Bhd., Alsetdek Al Haj Ali, mengenai kuasa beli di kalangan rakyat semakin merosot di tengah-tengah kejatuhan dolar Amerika Syarikat.

Tambah Alsetdek lagi, kerana penurunan kuasa beli itu menjadi petunjuk kepada ketidakseimbangan ekonomi, kemajuan dan kemakmuran dalam sebuah negara. Jadi, mengapa kita perlu gembira apabila kejatuhan nilai mata wang, walhal nilai ringgit semakin tidak dirasai.

PAS ingin menyeru Datuk Ahmad Maslan memahami apa kuasa negeri dan pendapatan negeri berbanding dengan pendapatan yang dimiliki oleh kerajaan pusat. Pendapatan keraan negeri tidak banyak, cuma daripada hasil cukai tanah, perhutanan, air, cukai pintu sahaja.

Dengan kekangan kewangan dan pendapatan ini pun kemampuan negeri Pakatan Rakyat mampu mentadbir, tanpa terencat untuk kebaikan rakyat, contohnya negeri Kelantan walaupun sudah 20 tahun kita mampu mengurus dengan baik.

PAS menyeru rakyat bangkit menolak pemimpin BN dan berilah mandat baru kepada PAS dan Pakatan Rakyat untuk mentadbir urus dengan baik, kerana terbukti dan teruji.

18 ulasan:

azman berkata...

isu kenaikan harga barang diambil kesemapatan untuk dimainkan oleh sesetengan pihak.

azman berkata...

jika benar PAS ingin membantu, lebih baik berikan idea bagaimana untuk mengelak daripada mengalami kenaikan harga barang. bukannya asyik mengkritik sahaja.

mantra berkata...

betul azman..
daripada PAS asyik bising dan kritik, lebh baik memberi pandangan dan kerjasama dgn kerajaan pusat untuk mengawal harga barangan.

Jason berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Jason berkata...

"Pemimpin Umno masih rungsing memikirkan mengenai janji Pakatan Rakyat 100 hari yang semakin diterima oleh rakyat apabila diberikan mandat untuk memerintah negara. "

Honestly, it's unrealistic to fulfill all promises in just 100 days. The people should know better.

Jason berkata...

The price hike issue is been well used by the opposition to gain supporters from the people. Smart move but still I think it's better for the opposition to cooperate with the government and find ways to lower the price or lighten the people's burden. Talk less, and do more action.

Tanpa Nama berkata...

Hope that the leaders will not politicize the small issues when there are bigger issues waiting to be solved.

Tanpa Nama berkata...

bagaimana Pakatan pembangkang merealisasikan janji 100 hari sedangkan selepas 100 hari mereka mentadbir 4 buah negeri terlalu banyak masalah yang timbul, malah sehingga hari ini masih ada janji2 yang belum dapat dipenuhi. inikan pula mentadbir sebuah negara.. seperkara lagi macam mana agaknya PKR, PAS dan DAP yang nampak macam tidur sebantal tetapi mimpi lain2 mahu rakyat percaya dengan Pelan 100 Hari yang dicanang itu.

Tanpa Nama berkata...

berdasarkan kemampuan PR mentadbir negeri dan mengurus perjalanan parti, jauh sekali untuk rakyat percaya bahawa PR mampu menunaikan janji 100 hari melainkan menggunakan tempoh 100 hari itu untuk menyusun pelbagai bentuk alasan untuk mengelirukan rakyat. bagaimana dengan kenaikkan harga air di kedah dan pulau pinang? penindasan terhadap orang asli dan penduduk Melayu? dsb...

Hosie Masie berkata...

Harap kerajaan perlu mencari penyelesaian bagi msalah ini. Sekiran PR dapat buat kerajaan persekutuan mustahil tidak dapat lakukan.

Bhatera berkata...

Harga barang naik bukan disengajakan oleh kerajaan pun. Semua ini tidak dirancang. Mungkin benar PR dapat melakukannya. Tapi sampai bila PR menampung beban sehinggakan menampung hutang yang banyak. Tidak ada guna juga kalau berlaku demikian. Mahu tidak mahu terpaksa juga harga barang naik lepas itu.

Unknown berkata...

Kenaikkan ini bukan diminta oleh kerajaan. Tapi dinaikkan oleh mereka yang mengambil kesempatan dalam masa sekarang ini. Sekiranya harga naik melampau laporkan saja kepada kerajaan. Kerajaan akan cuba untuk menangani kenaikkan harga yang tidak terkawal itu.

Paquin berkata...

Politik sememangnya medan pertaruhan mulut yang paling memeningkan kepala. hhmmmm

Paquin berkata...

K/kala sukar diramal apa yang bakal berlaku nanti. Cuma bagi saya isu kenaikan harga seharusnya diselesaikan bersama dan bukannya asyik tunding jari saja.

Paquin berkata...

Secara peribadi sampai sekarang saya blm nampak kemampuan PR melaksanakan janji 100 hari tu. huhu

Paquin berkata...

Jadi rakyat kenalah bijak menilai jangan mudah terpedaya dengan janji manis disebabkan sakit hati harga barang naik. Fikirkan logiknya janji itu s/ada boleh dicapai atau tak. 100 hari, rasanya.....????

Paquin berkata...

Apapun kita tunggu dan lihat sajalah apa yang bakal berlaku seterusnya.

Antanum berkata...

Kenaikkan barang, kenapa harus dibimbangkan. Kemukankan untuk kenaikkan gaji, senang cerita. Perancangan perbelanjaan harus dilakukan dengan bijak.