Sabtu, 25 Disember 2010

WASPADA AYAM BERACUN DI PASAR TENOM




Oleh: HAJI WAHAB TIMPAI

SEORANG warga emas, Mohd. Samin Bin Baigon, 64, nyaris menjadi mangsa keracunan setelah memakan daging ayam yang dibelinya di Pasar Daerah Tenom pada 18 Disember 2010.

Beliau memasak ayam itu dan selepas memakannya, dia merasa pening kemudian muntah-muntah dan segera ke rumah jiran sebelah meminta pertolongan agar dihantar ke Hospital Tenom, kira-kira jam 10 malam.

Menurut Samin, dipangkal sayap ayam itu terdapat kesan suntikan dan terdapat kesan darah beku berwarna hitam.

Bagaimanapun, beliau tidak membawa daging ayam itu ke hospital, hanya membuang semua daging ayam yang dimasak itu selepas pulang dari hospital malam itu juga, katanya kepada wartawan Sabahkini.net di rumah kediaman beliau di kampung Gunting, Tenom kira-kira lima kilometer dari bandar pada hari ini (Jumaat).

Beliau (Samin) mencadangkan supaya pihak Jabatan Kesihatan dapat memantau para pembekal ayam daging dari Kota Kinabalu itu sebelum dijual di Pasar Daerah Tenom demi untuk keselamatan orang ramai.

“Saya sekarang macam takut sudah membeli ayam daging di pasar walaupun daging ayam itu kelihatan segar, namun kita tidak tahu dari mana pembekal ayam daging berkenaan mendapatkan bekalan. Bimbang jika tidak mengikut piawaian Jabatan Haiwan Negeri. Mungkin mereka suntik penggemuk,” kata Samin lagi.

Beliau berkongsi pendapat dan menasihati orang ramai supaya berwaspada membeli ayam daging, periksa bekas suntikan di pangkal sayap ayam itu terlebih dahulu, dan tanya penjual baru atau lama sudah suntikan yang kelihatan hitam darah beku itu.

“Nasib baik saya hanya seorang diri makan daging ayam itu. Kalau anak cucu ada di rumah tidak tahu apalah yang akan berlaku,” ujar beliau dengan kelihatan rasa kesal.

9 ulasan:

zam berkata...

pekara ini perlu diambil perhatian kerana jika benar seperti dikatakan, ianya boleh membahayakan kesihatan.

Tanpa Nama berkata...

nampaknyua kita kena lebih berhai hati semasa membeli makanan. hal ini juga perlu diberi perhatian pihak berkuasa bagi memastikan tiada pengguna yang keracunan makanan.

zam berkata...

harap pihak yang berkaitan dapat melakukan pemantauan bagi memastikan ayam yang dijual selamat untuk makan.

Tanpa Nama berkata...

kena pastikan ayam yang dijual benar2 bersih dan selamat sebelum dijual. jgn pentingkan keuntungan semata mata.

amy berkata...

Boleh jadi ada punca lain keracunan makanan tersebut, tapi apapun siasatan harus dijalankan demi menjaga kesiahatan dan kualiti barangan mentah.

Unknown berkata...

Luckily the man is still in a good condition...the investigation should be done from now on...

Tanpa Nama berkata...

Mohd. Samin tidak sepatutnya membuang ayam2 itu bagi mengesahkan bahawa ayam itu benar2 beracun dan mudah bagi pihak yang berkenaan melakukan tindakan.

Tanpa Nama berkata...

This issue must be investigated before more consumers became victims of food poisoning.

Unknown berkata...

Perkara ini perlulah disiasat. Suntikkan itu tidak salah, tapi sekira ia baru disuntik lebih baik biarkan suntikan berada lama dalam badan ayam dan baru proses penjualan dilakukan.