Rabu, 1 Disember 2010

Umno tangguh pemilihan 2011 selama 18 bulan, dipercayai hadapi PRU-13

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR– Umno memutuskan untuk menangguhkan pemilihan yang dijadual untuk diadkaan akhir tahun depan selama 18 bulan untuk memantapkan parti – dipercayai bagi membuat persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Perkara itu diputuskan pada mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang diadakan di sini malam ini.

Langkah itu yang diumumkan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak hari ini, lazimnya diambil oleh Umno menjelang pilihan raya-pilihan raya umum lalu.

Spekulasi menyebut pilihan raya umum ke-13 akan diadakan awal tahun depan, kemungkinan pada akhir suku pertama atau awal suku kedua 2011.

Umno sepatutnya mengadakan pemilihan menggunakan sistem baru akhir tahun depan.

Dalam pada itu, Najib juga menangguhkan pengumuman rombakan barisan kepimpinan beberapa negeri sehingga akhir bulan ini.

Najib yang juga Perdana Menteri akan mengumumkan perubahan sebelum awal tahun depan.

Ketika menggulung Perhimpunan Agung Umno bulan lalu, Najib memberitahu bahawa akan melakukan perubahan kepimpinan negeri khususnya melibatkan lima negeri, yang disandang oleh presiden, timbalan presiden dan tiga naib presiden.

Ia dijangka ramai akan diumumkan hari ini.

Tiada ulasan: