KOTA KINABALU: Sekurang-kurangnya tiga ketua cabang PKR Sabah dijangka akan mengumumkan perletakan jawatan mereka dari parti hari ini.
Menurut sumber dalaman, satu sidang akhbar akan dibuat oleh ketua cabang PKR Putatan Awang Ahmad Sah Awang Sahari, yang merupakan penyokong kuat pemimpin PKR Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan.
FMT dimaklumkan bahawa Awang Ahmad Sah dan sekurang-kurangnya dua ketua cabang lain akan menerangkan sebab-sebab mereka keluar parti.
Menurut mereka, Jeffrey mungkin akan turut serta untuk menerangkan kedudukan beliau sendiri.
Satu sumber dalaman lain menyatakan pemimpin PKR Sabah akan meletakkan jawatan secara berperingkat mulai esok sehingga awal tahun depan.
"Ia akan berakhir dengan pengumuman bahawa Jeffrey sendiri keluar parti pada satu tarikh sesuai. Jeffrey, jika berada di sini pada Selasa pasti dia akan menerangkan kedudukannya……" tambah sumber tersebut.
Jeffrey, Awang Ahmad Sah bersama Daniel John Jambun dan Mozes Iking difahamkan telah mengadakan pertemuan bersama empat orang pemimpin Parti Nasional Sarawak (SNAP) di Miri pada hari Ahad.
Meninggalkan PKR secara berperingkat
Pemerhati politik menjangka pemimpin politik Sabah, Jeffrey Kitingan akan menyerahkan surat perletakan jawatannya sekarang namun sumber dalaman mendakwa bahawa beliau dihalang dari berbuat demikian oleh para penyokongnya yang mahu kumpulan penyokong beliau meninggalkan PKR secara berperingkat.
Ahmad Sah ketika dihubungi melalui telefon menegaskan bahawa beliau akan mempengerusikan satu sidang akhbar penting hari ini di Tambunan Golf and Country Clubhouse di Beverly Hills, Penampang.
"Saya akan memberitahu segalanya yang mahu dikatakan oleh saya dan rakan-rakan di sidang akhbar tersebut," kata pemimpin akar umbi kelahiran Bajau-Dusun-Brunei ketika ditanya sama ada beliau akan keluar parti.
Ahmad Sah merupakan antara sebahagian kecil pemimpin Muslim PKR Sabah yang memberikan sokongan kuat secara berterusan kepada Jeffrey dalam perjuangan untuk memperoleh kembali hak dan autonomi negeri Sabah.
Allahyarham bapanya, Awang Sahari Abdul Latiff yang dikenali sebagai pemimpin Sabah yang mahukan autonomi untuk negeri Sabah merupakan antara 20 pemimpin Sabah yang berunding dengan pemimpin Persekutuan Tanah Melayu ketika membentuk Persekutuan Malaysia dalam tahun 1963.
Allahyarham turut ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri selama setahun dalam era awal 60-an kerana disyaki menjadi agen pemberontak di Brunei, Azahari.
35 ulasan:
makin lama makin ramai yang keluar dari PKR.
ini akan melemahkan PKR Sabah.
jika pekara ini benar maka, PKR Sabah pasti menjadi semakin lemah.
tindakan keluar parti ini mungkin kerana ada pekara yang menyebabkan mereka tidak berpuas hati.
Katak-katak yang suka melompat parti memang sentiasa ada di mana-mana saja.
inilah buktinya PKR semakin rapuh. ahli2 yang keluar dari PKR seterusnya akan mendedahkan segala kekotoran yang berlaku dalam PKR.
tidak heran jika selepas ini lebih ramai ahli2 PKR yang akan keluar parti. walaupun mereka sering mengelirukan rakyat kononnya mereka mantap dan semakin mendapat sokongan rakyat, tapi realitinya mereka semakin lemah. jika ahli2nya sendiri tidak yakin dengan PKR, bagaimana pula dengan 29 juta rakyat Malaysia. inilah akibatnya bila terlalu gairah menerima ahli2 lompat.
nampaknya semakin ramai pemimpin di sabah yang akan keluar dari PKR.
perkembangan terbaru ini tentu sekali memberikan tamparan hebat kepada PKR.
adakah perkembangan terbaru ini berikutan daripada penubuhan UBF oleh JK baru2 ini?
perkembangan ini tentu sekali akan melemahkan PKR di sabah..impian PKR untuk mengugat kerajaan BN mungkin tidak akan menjadi realiti.
apa2 pun, kita tunggu dan lihat perkembangan seterusnya di masa akan datang..
kepimpinan PKR ni tidak telus, sebab itu ramai yang keluar dari parti tersebut.
Ini menunjukkan bahawa kuasa PKR di Sabah semakin hambar.
I bet they all are fed up with the dramas.
Mungkin mereka perlu memberikan penjelasan kenapa mereka perlu keluar parti??Ini adalah untuk membuktikan PKR bagaimana.
Satu persatu keluar parti dari PKR ini. Apa sebabnya aa??Mungkin ramai yang tertunggu-tunggu jawapannya..
Perkara ini akan menyebabkan parti ini akan lemah pada akan datang. Apa pun ini untuk kebaikkan rakyat supaya PKR bukan pilihan rakyat.
Ramai juga yang keluar parti ni ya? PKR semakin luntur.
Nda lama lagi, ni tiada parti sudah PKR ni. hehehe
Entah apa akan jadi sama PKR ni nanti... Tak mustahil parti ni akan dibubarkan suatu masa nanti.
Apapun alasan ahli PKR keluar parti, rasanya bukanlah sesuatu yg menghairankan kerana keluar/lompat parti hari ini mcm sudah sinonim dgn politik.
Pandai2 lah rakyat menilai parti ini... Nak komen banyak2 pun susah juga sebab semuanya pun ditangan rakyat juga.
Jadi sebelum terlambat, ahli lain yang belum keluar tu pun keluar lah cepat2.. hehe
Semakin ramai pemimpin PKR keluar parti, mungkin kerana mereka merasa perjuangan PKR sudah tersasar.
Keluar masuk parti kelakuan biasa bagi ahli politik Sabah. Tidak menghairankan.
Siapa mereka? Kalau tidak dikenal orang ramai siapa mereka?
Bagi pKR, ini cuma satu proses penyulingan parti. Parti akan lebih sihat tanpa mereka.
mUngkin ada lagi yang akan mengikuti langkah mereka.
A huge loss for Sabah PKR.
Bravo. They made a wise decision.
Lepas nie, siapa lagi akan keluar parti nanti???
Ini menunjukkan ketiga-tiga ketua PKR tidak yakin dengan perjuangan PKR. Kalau mereka tidak yakin dengan PKR, apatah lagi rakyat Sabah.
Semua ada pilihan masing2...ini suda memang dunia politik...
Tiada guna gembar--gemburkan berita ini.
Catat Ulasan