Selasa, 21 Disember 2010

Suka bohong la pemimpin Umno ni

PASPB

Kenyataan anggota Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen, Datuk Seri Razali Ibrahim yang mengatakan bahawa Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diberi cukup tempoh untuk membela diri di parlimen, disifatkan sebagai satu pembohongan dan cuba mengelirukan rakyat.

Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuf berkata, Razali yang mempunyai latar belakang undang-undang sepatutnya tidak mengeluarkan kenyataan tersebut.

“Kenyataan Razali Ibrahim sebagai salah seorang anggota jawatankuasa merupakan satu kenyataan yang memalukan daripada seorang yang mempunyai latar belakang undang-undang. Ia juga merupakan satu pembohongan kerana Anwar sebenarnya tidak diberi peluang membela diri,” katanya kepada Keadilandaily.com.

Beliau mengulas dakwaan Razali Ibrahim dalam satu kenyataan yang disiarkan Bernama mengatakan Anwar, yang digantung daripada persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan telah diberi peluang yang cukup untuk membela diri.

Razali dalam kenyataannya juga mengatakan Anwar diberi cukup masa untuk mengemukakan bukti mengenai kenyataannya mengaitkan konsep 1Malaysia dan firma perunding antarabangsa APCO Worldwide dengan kempen One Israel.

Mengulas lanjut, Yusmadi berkata kenyataan Razali merujuk kepada permohonan Anwar pada 8 Jun lalu pada jawatankuasa tersebut, yang memohon untuk membawa peguam ketika jawatankuasa itu mendengar keterangan beliau.

Walaubagaimanapun, permohonan Anwar ditolak pada hari berkenaan dan ditolak sekali lagi pada hari berikutnya iaitu pada 9 Jun oleh jawatankuasa berkenaan.

“Isu yang dibincangkan selama dua hari itu ialah hak Anwar untuk memohon dibela seorang peguam ketika permohonan itu ditolak jawatankuasa hak dan kebebasan, manakala tarikh selanjutnya untuk Anwar membela diri tidak ditetapkan.

“Kenyataan ini ternyata mengelirukan rakyat dan beliau (Razali) tidak layak menjadi anggota jawatankuasa terbabit. Kenyataan itu hanya membuka pekung dari awal bahawa beliau sebagai anggota jawatankuasa berkenaan bias dan prejudis terhadap Permatang Pauh (Anwar). Sepatutnya beliau terus dilucutkan kelayakan kerana sikap prejudis,”katanya.

Menurutnya lagi, beliau juga menyangkal bahawa Anwar sengaja melengah-lengahkan perbicaraan terhadapnya kerana permohonan Anwar untuk mendapatkan peguam dibuat mengikut peraturan mesyuarat dan bukan atas budi bicara jawatankuasa terbabit.

“Tetapi ini tidak bermaksud ruang beliau untuk menjawab telah habis dan tidak boleh digunapakai. Ini menunjukkan kegagalan jawatankuasa berkenaan untuk mengendalikan isu tersebut,” katanya.

18 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

masing2 nak mempertahankan kenyataan. tp bagimanapun pengantungan tersebut kerana sikap Anwar dan pengikutnya yang tidak menghormati sidang dewan.

samm berkata...

kedua-dua pihak ada hujah masing-masing. namun, segelintir ahli parlimen dari PR menunjukkan sikap yang tidak patut diamalkan iaitu menimbulkan kekecohan.

samm berkata...

terserah kepada individu untuk membuat penilaian sendiri. pasti semua tahu siapa yang sebenarnya suka berbohong.

nickko berkata...

berdasarkan tindak tanduk Pakatan yang tidak waras dan tidak profesional langsung, begitu juga la halnya dalam setiap kenyataan mereka. apa sahaja yang keluar dari mulut mereka sukar dipercayai. mereka lah yang lebih banyak mengelirukan rakyat dan menimbulkan huru hara dalam negara ini.

nickko berkata...

jika pemimpin umno suka bohong, bagaimana pula dengan pemimpin pembangkang? tuduhan Pakatan terhadap pemimpin BN berkenaan dengan APCO sebenarnya hanya pembohongan semata2 dan sekadar untuk menutup isu hangat liwat Anwar yang didedahkan oleh wikileaks..

Jason berkata...

Takan pemimpin UMNO ja yang suka bohong. Kalau saya tidak silap pemimpin pembangkang pun sama. Dua kali lama ja.

Hamdan Hadillah berkata...

Sikap anwar yang tidak hirmat menyebabkan dia digantung. Anwar memang perlu diberikan tindakkan ini. Pertanyaan kepada PR, Kenapa dulu Karpal digantung tidak ada pun yang berlaku sekarang. Tapi bila Anwar yang kena semua macam semut kepanasan. Tapi apa yang kita tahu, mereka PR sengaja melakukan semua ini untuk mengagalan perlimen tersebut supaya ditanguh pada akan datang. Tapi sayangnya PR telah gagal dengan semua rancangan mereka ini. Sungguh memalukan diri sendiri. Kita sendiri boleh fikir juga, Macam mana boleh ahli ada kertas manilakat dalam dewan???? macam ada sesuatu yang PR buat kan..semua ini dirancang dari awal lagi..Tapi sayangnya PR gagal..

Mohd Ishak berkata...

Pembaca sendiri yang perlu menilai perkara ini secara logik.

kb girl berkata...

Beri kenyataan yang benar. Jangan fikir rakyat bodoh, yang bohong tetap dikutuk.

Unknown berkata...

Siapa kata pemimpin UMNO suka bohong?
Siapa yang tidak pernah bohong?

Unknown berkata...

Permainan politik merupakan permainan pembohongan.
Ada yang pandai bohong sampai tidak dapat diketahui pembohongan.

Unknown berkata...

Dulu Anwar pemimpin kedua UMNO.

captain berkata...

Tiada orang yang suka dikatakan suka membohong.

Paquin berkata...

Masing2 dgn pendirian sendiri.. hhhmmm, pandai2 lah rakyat buat penilaian dlm hal ni.

Paquin berkata...

Semoga hal ni dapat diselesaikan dengan baik.

POP berkata...

Kenyataan adalah kenyataan...

Antanum berkata...

Hanya Anuar sahaja yang lebih mengetahui adakah beliau di beri peluang/cukup masa untuk membela dirinya.

Unknown berkata...

916 satu pembohongan paling besar. Siapa yang buat pembohongan ini? Ia bukan dari UMNO.