Khairil Abdul Rahim |
BENTONG: Susulan penyebaran risalah berbentuk poster yang berbau hasutan dan perkauman yang banyak ditampal oleh pihak tertentu di daerah ini, DAP Bahagian Bentong telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) di sini. Menurutnya, risalah tersebut turut memaparkan gambar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dengan hamburan kata-kata kesat. “Apa yang tertulis pada risalah itu termasuk penjualan arak secara terbuka tidak boleh dihalang, kuil dibina di kawasan majoriti masyarakat Melayu, kalimah Allah boleh diguna bukan Islam dan kepala pemimpin Melayu dipijak. “Selain itu, ia turut menyentuh mengenai perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang diharamkan oleh DAP dan seakan-akan mempertikaikan suara Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta Ahli Parlimen dalam Pakatan Rakyat berhubung isu agama Islam semakin terhakis akibat tunduk kepada DAP,” katanya. Tambah Choong, DAP memandang serius pengedaran risalah seumpama itu kerana boleh menimbulkan suasana tegang dan membakar api perkauman dalam masyarakat berbilang kaum yang mempunyai fahaman dan pegangan agama masing-masing. Menurutnya, beliau difahamkan risalah seumpama ini ada ditampal di tempat-tempat tertentu yang ditandingi oleh DAP dalam pilihan raya seperti di Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Perak. “Bagi kami (DAP Bentong) taktik kotor ini sangat berbahaya kerana menghasut dan mencabar kesabaran kaum meskipun kami tidak tahu pihak mana yang melakukannya. Justeru itu kami berharap pihak berkuasa bertindak segera untuk mengelakkan ia berlarutan,” katanya. |
Sabtu, 25 Disember 2010
Risalah perkauman: DAP buat laporan polis
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan