KAJANG – Satu sindiket judi sabung ayam dan dadu muka enam berjaya dibongkar polis, ia berikutan serbuan di sebuah ladang ternakan ayam di dalam kebun getah di Sungai Lui, Kajang, lewat petang semalam.
17 daripada 50 kaki judi berjaya dicekup, turut ditahan seorang wanita berusia 31 tahun dan anak pemilik tanah dipercayai penganjur kegiatan itu.
Markas kegiatan judi itu dipercayai aktif sejak beberapa bulan lalu dan menyasarkan peniaga, petani dan ahli peniagaan untuk menyertai judi sabung ayam.
Selain menyediakan makanan, pelanggan turut dihidangkan minuman keras.
Pertaruhan pula serendah RM 500.
Turut dirampas alat perkakasan judi dadu muka enam, 15 bilah taji ayam, alat perubatan merawat ayam dan wang tunai RM10,000.
Semua suspek berusia 23 hingga 55 tahun disiasat mengikut seksyen 44 (1)(G) ordinan binatang 1953 dan seksyen 7 (2) akta rumah judi terbuka 1953 dan boleh didenda minuman RM5,000 dan penjara tidak kurang 5 tahun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan