WarkahDaily
Mantan PM, Tun Dr Mahathir sebelum ini dengan sekonyong-konyongnya telah pun memberi signal ramalannya konon beberapa negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) bakal ditumbangkan oleh Barisan Nasional (BN).
Perang psikologi semakin menjadi bila dikatakan pilihanraya ke 13 bakal diadakan lebih awal.
Seperti biasa, sebagai menyedapkan rasa keresahan di hati, mulalah perasan diri kuat dan mendapat sokongan kuat. Dalam Umno-BN, ampu-mengampu menjadi darah daging depa. Bila bos tanya dah ok, dah boleh jalan?, maka juak-juak depa akan jawab, ok dah bos, dah boleh jalan bos. Tapi bila dan laluinya barulah depa terkejut, hampir tumbang dalam PRU-12.
Takut perkara yang sama akan berlaku di PRU-13 bahkan lebih teruk dari itu, cepat-cepat ‘sifu’ Najib memberi ‘mantera’ ramalannya, BN mungkin akan rampas kembali dua tiga negeri PR. Ikut suka hangpalah nak buat ramalan apa pun.
Melihat kepada ramalan ‘sifu’ Najib tu, nampak semacam tiada keyakinan untuk menjadikannya sebagai kenyataan apabila Tun Mahathir sekadar menyatakan ‘mungkin’ rampas. Jadi dengan kata lain, belum tentu lagi ketepatan ramalan tu.
Itu pun mantan PM tu ambil keputusan PRK Dun Galas dan PRK Parlimen Batu Sapi yang dimenangi BN baru-baru ini sebagai kayu pengukur rakyat telah menerima kembali BN.
Namun semalam dalam laporan Harakahdaily, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abd Hadi telah pun memberi satu pukulan ‘smash’ kembali kepada Tun Mahathir.
Presiden PAS mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir yang mengatakan bahawa BN mungkin menawan kembali dua atau tiga negeri Pakatan Rakyat.
"Jika beliau katakan mungkin, kita juga hendak katakan mungkin juga PAS dan Pakatan akan kuasai Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.
Dalam kenyataan dalam temubual di Parlimen itu, Presiden PAS menegaskan tidak mustahil PAS-PR berjaya menguasai majoriti kerusi parlimen walaupun ia tidak mudah kerana Pakatan bertanding di padang yang tidak sama rata.
“Tidak ada suatu yang mustahil dalam dunia ini dan tidak ada kerajaan yang kekal selamanya,” tegas Presiden PAS.
“Media massa dan jentera kerajaan dikuasai oleh parti pemerintah. Namun jika dilipat gandakan usaha dan kekuatan jentera, kita mampu mendapat kemenangan,” jelasnya lagi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan