Khamis, 16 Disember 2010

PRU-13: AMK sasar pengundi muda

SELANGOR KINI

SHAH ALAM – Angkatan Muda KEADILAN (AMK) cawangan Puchong mensasarkan sekurang-kurangnya 1000 pengundi muda bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Seri Serdang sebelum menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Ketua AMK Puchong, P Saravenan memberitahu, beliau menjangkakan PRU-13 bakal diadakan Mac depan berikutan beberapa senario politik yang berlaku sejak kebelakangan ini.

Saravenan berkata, keadaan boleh diramal termasuk pemilihan UMNO yang ditangguhkan 18 bulan, pengunduran bekas Presiden MIC, Datuk S.Samy Vellu dan pendakwaan terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khir Toyo.

Ekoran daripada itu, Saravenan mengambil pendekatan memantapkan jentera muda KEADILAN untuk bersama-sama berjuang pada PRU-13 bagi menentukan tampok pemerintahan akan datang.

Selain itu, kesedaran bahawa masih ramai lagi rakyat yang belum menjalankan tanggungjawab sebagai pemilih, Saravenan mengambil pendekatan mengerakkan jentera AMK mencari dan mendaftar pemilih undi baru.

“Buat masa sekarang pihak kami berjaya mendaftar seramai 1,000 pengundi muda hasil usaha selama empat tahun.

“Selain itu kami juga difahamkan terdapat sekitar empat juta pengundi yang masih belum mendaftar sebagai pegundi,” katanya.

Saravenan berkata, misi KEADILAN kini adalah untuk merampas kerusi Dun Seri Serdang dan mengekalkan kerusi Parlimen Puchong.

Tambahnya lagi, pengumpulan pengundi baru adalah petanda awal berakhirnya usia pemerintahan UMNO.

13 ulasan:

tombolo berkata...

nampaknya pengundi muda telah menjadi sasaran utama parti2 politik masa kini.

madd berkata...

golongan muda mendapat perhatian daripada semua parti politik kerana jumlah pengundi muda yang semakin ramai dan mampu menentukan kemenangan sesebuah parti.

madd berkata...

terserah kepada pengundi muda untuk menentukan parti mana yang mereka ingin sokong.

Unknown berkata...

Ia terpulang kepada pengundi muda. Diharapkan semua parti akan bertanding secara adil untuk mendapat sokongan pengundi muda.

Unknown berkata...

Pengundi muda perlulah bersikap matang dan bijak menilai sesuatu parti.

Tanpa Nama berkata...

Nowadays the young voters are targeted by almost every party.

Tanpa Nama berkata...

Please be mature before consider joining any parties. Don't make decisions in a hurry.

nickko berkata...

teruskan usaha.. saya harap pengundi muda tidak terpengaruh dengan parti yang hanya pandai bercakap tapi tidak pandai bekerja.

nickko berkata...

umno/BN juga perlu berusaha mendaftar lebih ramai pengundi muda. jangan ketinggalan dengan AMK dalam apa jua saingan yang cuba dimenangi oleh mereka.

Unknown berkata...

Semua parti sekarang telah berusaha untuk mencari ahli untuk PRU13 yang akan datang tidka lama lagi.

mandau berkata...

pengundi muda memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju politik negara. sebab itu, mereka kini mula mendapat perhatian.

nurfatihah berkata...

Oleh itu, minta para belia yang sudah mencecah umur 21, sila daftarkan diri anda sebagai pengundi di pejabat pos Msia berdekatan anda.

Gopuk berkata...

Kena lihat cara apa yang digunakan untuk mendapatkan undi dari golongan muda...