Rabu, 1 Disember 2010

PRN Sarawak Tumpuan Penuh KEADILAN Selapas Kongres

Oleh Suara Keadilan

IMG_4040PETALING JAYA - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEDILAN), Azmin Ali berkata tumpuan utama parti selepas selesainya Persidangan Kongres Tahunan Ke-7, 2010 ialah kepada Pilihan Raya Negeri Sarawak yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Beliau yang diumumkan sebagai Timbalan Presiden KEADILAN yang baru yakin parti akan menghadapi PRN Sarawak dengan penuh optimis sebagai sebuah parti yang akan menjadi lebih kuat dan matang dengan sokongan padu barisan pimpinan baru.

"Pasukan kita akan turun ke Sarawak pada 12, 13 dan 14 December untuk mendedahkan kepada rakyat pelaksanaan pemerintahan yang dilaksanakan PR.

"Sabah juga amat penting jadi kita akan bersedia memperkukuh di Sabah sebelum kita ke Putrajaya," kata beliau kata beliau pada sidang media selepas tamat sesi pengulungan kongres petang semalam.

Azmin yakin mampu menjalin kerjasama erat dengan kepimpinan baru bagi mewujudkan komitmen yang tinggi bagi menjayakan agenda perjuangan parti disamping menggunakan pengalaman 12 tahun dalam KEADILAN.

"Ini pemilihan dalam keluarga. 15 daripada 26 adalah muka baru dan telah menunjukkan komitmen,"

Azmin berkata beliau percaya gabungan pemimpin lama dan baru mampu memperkasa keutuhan parti bagi menamatkan kuasa Umno-Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum nanti.

Berhubung peranan yang bakal diberikan kepada bekas calon Timbalan Presiden Mustaffa Kamil Ayub, beliau berkata akan satu perbicangan akan diadakan dengan Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Tambah beliau lagi, sebarang ketidakpuasan hati berhubung pemilihan harus dikemukakan pada saluran parti yang betul dan seterusnya memberi jaminan siasatan dan keputusan adil akan diberi.

"Ini bukan proses 'witch hunting'. Apa yang penting adalah untuk mendisiplinkan anggota dan parti. Aduan akan dipantau."

"Saya tidak mahu membuat sebarang spekulasi. Biar JPP dan lembaga disiplin meneliti," kata beliau.

Katanya adalah penting parti mengambil langkah ysng sewajarnya bagi membersihkan parti daripada pembelot dan mereka yang mempunyai agenda merosakkan parti .

Naib Presiden Tian Chua turut menolak isu Jenapala yang sudah dijelaskan Setiausaha Agung parti itu.

"Apabila anda mengumumkan keluar parti, anda terus dikeluarkan. Dia tarik diri jadi parti batalkan keahlian dia," jelasnya.

Azmin turut menolak dakwaan kononnya beliau 'anak emas' Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Anwar suka kepada semua anggota kepimpinan. Saya di sini akan terus pertahankan dan saya akan lawan," tegasnya lagi.

Apabila ditanya mengenai saranan Perdana Menteri membuka keahlian kepada kumpulan yang didakwa 'third force', beliau berkata, "Saya tidak pasti apa yang Najib rujuk sebagai third force ini. Tapi tentunya third force ini akan menganggu gugat tujahan pada pilihan raya akan datang. Kita akan membuka perbincagan terbuka dengan mana-mana kumpulan untuk pastikan tahap kefahaman," jelas Azmin.

Tiada ulasan: