SUSAH…. Bobbey menyerahkan bantuan 1 Azam kepada penerima sambil diiringi oleh Bubudan, Aloysius dan Jubilin. Oleh : HASSAN DALIMPOS LANGKAH baik kerajaan dalam membangunkan rakyat di pedalaman melalui pembahagian elaun 1 Azam (akhiri zaman miskin) yang diberikan pada baru-baru ini menyusahkan kepada rakyat apabila ia dibahagikan dengan cara kelam kabut oleh pihak berkenaan. Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Datuk Bobbey A Suan berkata kepada Utusan Borneo di sini bahawa cara pembahagian yang dilakukan dengan kelam kabut amat dikesali kerana amat menyusahkan rakyat oleh kerana ia dilakukan tanpa mengenalpasti penerima yang layak di Pensiangan. Katanya, seharusnya pihak berkuasa unit pengurusan dan perlaksanaan (PEMADAM) Jabatan Perdana Menteri dan pihak pembasmian kemiskinan negeri Sabah (POKUS) sepatutnya memperhalusi senarai penerima sebelum penyerahan dibuat. Kesahihan perkara itu timbul apabila 102 penerima adalah tidak tersenarai sebagai kategori miskin tegar malah berpendapatan tinggi dan bekerja di sektor kerajaan namun mendapat bantuan tersebut, katanya. Sepatutnya sebelum disenaraikan penerima tersebut, perlu sekali diadakan perbin-cangan dengan pihak pemimpin tempatan seperti wakil rakyat, pentadbiran pejabat daerah dan pemimpin akar umbi bagi tujuan pemutihan untuk mendapat maklumat yang tepat agar tidak diragui rakyat, katanya. "Mana-mana bantuan yang diberikan kerajaan kepada kumpulan miskin tegar seharusnya mendapat pemutihan secara betul dan ikhlas tanpa pilih kasih agar rakyat yakin dan berpuashati dengan tindakan kita,” katanya. Selain itu langkah kelam kabut oleh pihak berkenan amat menyulitkan apabila pegawai-pegawai terbabit tidak memberi penjelasaan sepenuhnya kepada pemimpin akar umbi menyebabkan rakyat keliru disangkakan semua rakyat menerima bantuan tersebut sehingga masing-masing merujuk di pejabat pos. Dalam pada itu juga ketika penyerahan dilakukan oleh wakil rakyat tidak seorangpun pegawai dari jabatan berkenaan khususnya dari PEMANDU dan POKUS yang menyaksikannya bahkan memberi penjelasan tentang bantuan tersebut agar rakyat mengerti tujuan sebenar bantuan tersebut, katanya. Bobbey yang juga Adun Nabawan, memohon pihak yang diberi tanggungjawab sekurang-kurangnya bersama-sama ketika melakukan pembahagian kerana apapun perlaksanaan dasar seperti yang diilhamkan Perdana Menteri berdasarkan konsep 1 Malaysia seharusnya dilaksanakan dengan sempurna untuk mencapai sasaran utama bagi kepuasan rakyat. Tambahnya, keadaan ini menyebabkan rakyat tidak berpuashati dengan wakil rakyat sangkanya ia perbuatan pilih kasih menyebabkan mereka berpuashati dengan wakil-wakil rakyat berkenaan dan seterusnya kepada kerajaan Barisan Nasional, jelasnya. Sempena pembahagian penyerahan bantuan itu ramai penduduk dari kampung di Pensiangan telah turun dengan menggunakan kos pembiayaan perjalanan yang tinggi semata-mata untuk urusan memeriksa nama mereka di pejabat pos namun kecewa oleh kerana sebahagian besar diantara mereka tidak dapat bantuan tersebut. Seramai 557 penerima elaun 1 Azam di mukim Nabawan selian di daerah kecil Pagalungan manakala 1524 adalah tersenarai sebagai miskin tegar di seluruh daerah Nabawan yang sepatutnya layak menerima bantuan tersebut. |
21 ulasan:
harap pembahagian bantuan seumpama ini akan dibuat dalam keadaan yang lebih teratur pada masa akan datang.
nama penerima juga perlu lebih diperhalusi. ini bagi memastikan hanya mereka yang benar-benar layak mendapat bantuan.
mereka seharusnya meneliti siayan yang benar2 layak menerima pembaghagian bantuan tersebut. harap perkara seperti ini tidak berulang lagi.
mampukah kerajaan mencapai sasaran membasmi kemiskinan di Sabah jika peruntukkan yang sepatutnya digunakan kearah mencapai matlamat itu tidak disasarkan kepada golongan yang sepatutnya? sia2lah langkah baik kerajaan ini jika pihak yang bertanggungjawab gagal melaksanakannya..
saya harap ada tindakan selepas ini bagi memperbetulkan sasaran pembahagian elaun 1 Azam supaya hanya golongan yang benar2 layak sahaja mendapat bantuan itu.
Kita tidak boleh bagi kepada semua orang, hanya yang betul-betul layak saja yang akan menerima bantuan tersebut. Maka tidak adil jika orang yang kaya pun diberikan bantuaan tersebut.
Pekerja dalam sektor kerajaan sendiri dapat bantuaan tersebut, bukankah itu tidak adil jika dibandingkan dengan orang yang tidak ada apa-apa. Maka seharusnya mereka meneliti lebih terperinci berhubung masalah ini.
Harap kerajaan Sabah akan berusaha membasmi kemiskinan dengan cara yang betul dan berkekalan.
Diharapkan pembahagian ini akan berjalan dengan teratur lain kali, rakyat juga perlu bekerjasama dengan pihak pembahagian supaya semua berjalan licin.
The distribution of funds should be done in a good manner.
pembahagian bantuan itu perlu diberikan pada orang yang sepatutnya dpat. hal ini adalah tidak adil jika golongan susah tidak mendapat bantuan tersebut.
Mungkin ada jalan penyelesaian di sebalik masalah ini.
I hope there will be more effective mechanism to deal with this problem.
Kerajaan tempatan harus menyiasat dakwaan ini agar segala masalah dapat diselesaikan dengan cara baik.
Don't let the opposition use this as one of the reasons to knock down the party.
Bagusla kalau ada usaha memberi bantuan cuma bagi saya pembahagian itu harus dibuat dengan lebih teratur pada masa depan.
Paling penting ialah bantuan harus diserahkan kepada penerima yang layak saja. Jadi sebelum buat sesuatu perhalusi setiap perancangan supaya semuanya berjalan lancar.
Semoga perakar sebegini tidak berulang lagi bagi mengelakkan ada pihak yang tidak puas hati.
Paling penting lagi pastikan hal ni tidak dipolitikkan kerana ia hanya akan mengeruhkan suasana harmoni. hehehe
Apapun semoga semuanya ditanggani dengan baik.
Pihak bertanggungjawab perlu menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku. Kena pastikan pada masa akan datang tidak akan berlaku perkara demikian.
Catat Ulasan