Ahad, 12 Disember 2010

Minyak angin cap ayam

Oleh Kassim Muhammad

“PEKAN, — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata pihak pembangkang tidak mungkin akan dapat mengambil alih peranan yang dilaksanakan Barisan Nasional (BN) untuk memimpin negara ini.

Justeru, beliau berkata rakyat Malaysia tidak perlu menggadai masa depan negara kepada pembangkang yang dilihat hanya bijak menabur janji-janji manis.” ...

“Janganlah mengambil risiko (menyokong pembangkang) yang akan sebabkan kita menyesal di hari muka,” katanya.

Najib berkata sejarah telah membuktikan bahawa pemimpin yang hanya tahu menabur janji akhirnya akan mendatangkan musibah kepada rakyat.

Katanya kepimpinan BN selama ini telah berusaha gigih menunaikan segala janji yang diungkapkan dan diterjemahkan demi kepentingan rakyat dan negara.

Beliau turut berikrar akan melaksanakan pentadbirannya dengan seadil-adilnya untuk kepentingan semua kaum di negara ini.

“Saya akan pegang kepada semangat 1Malaysia, dahulukan kepentingan rakyat, Insya-Allah rakyat akan mendapat manfaat besar di bawah kepimpinan Barisan Nasional,” katanya. —
Bernama”

ii.

Kalau dibaca intisari ucapan di atas, kita telah sekali lagi, diberitahu bahawa:

Pertama:

Pembangkang tidak mungkin akan dapat mengambil alih peranan yang dimainkan oleh BN untuk memimpin negara ini.

Reaksi kita:

Maaf Datuk Seri, pandangan itu kurang tepat@meleset.

Sepertimana yang DS sedia maklum, dengan segala halangan yang disengajakan, sabotaj dan juga segala tindakan tidak demokratik yang telah dilancarkan melalui pelbagai agensi di bawah kawalan Kerajaan Persekutuan (contoh tersohornya: penubuhan JPPP dll) Kerajaan-Kerajaan Negeri, di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat ternyata jauh lebih baik kualiti kepimpinannya. Cuba bayangkan jika seluruh negara ini ditadbir oleh Pakatan Rakyat― kesannya tentulah juga sangat berbeda.

Sebagai bukti, lihatlah contoh mutakhir ― iaitu isu air di Selangor, peranan Syabas yang disekongkoli Kerajaan Persekutuan dan segala ‘tindakan sangat profesional’ PDRM untuk memburuk-burukkan Pakatan Rakyat di mata awam, telah mendedahkan sikap dan rupa Umno/BN yang sebenarnya.

(Nota: Penutupan jalan-jalan raya sehingga KL sesak teruk ialah untuk membangkitkan rasa benci rakyat...pada hal jika rakyat dibenarkan ke Istana Negara dengan aman, segalanya akan berjalan aman-tenteram dan lancar.

Kerajaan Umno/BN tidak mahu melihat protes massa dalam isu-isu melibatkan kepentingan rakyat seperti isu air di Selangor ini ― itu saja hakikat sebenarnya).

Kedua:

“Janganlah mengambil risiko (menyokong pembangkang) yang akan sebabkan kita menyesal di hari muka,” katanya.

Reaksi kita:

Nahi, nahi...kita tidak pernah ― dan sama sekali TIDAK menyesal dengan tindakan kita dalam PRU12 yang lalu. Malah kita sangat ‘gumbira’ yang Umno/BN tumbang di lima buah negeri dan memang benar sepertimana yang kita duga, kita sudahpun melihat perbezaannya.

Jadi siapa kata kita pernah ‘main-main ambil risiko’? Sesungguhnya kita betul-betul serius dan bertindak dengan waras dalam PRU yang lalu dan

Datuk Seri, kita sangat ‘gumbira’ dengan tindakan itu.

Ketiga:

“Saya akan pegang kepada semangat 1Malaysia, dahulukan kepentingan rakyat, Insya-Allah rakyat akan mendapat manfaat besar di bawah kepimpinan Barisan Nasional,” katanya. —

Reaksi kita:

Mantan bos-bos Datuk Seri yang telahpun dibersarakan oleh Umno, pernah jual dan lelong ‘minyak angin cap ayam’ yang lebih sedap dan bagus-bagus jenama dan bunyinya.

Sekarang ini, susah sikitlah kalau Datuk Seri nak ‘geromal’ panjang-panjang dengan slogan-slogan seperti ini.

Ya, susah sikitlah.

Datuk Seri,

Air bah telah berlalu, pantai juga telah berubah... Siapakah gerangannya yang belum mahu berubah?

http://barabarajiwa.blogspot.com

Tiada ulasan: