GEMBIRA… Rostinah dikiri dan Siti Nur menunjukkan jenis racun pemusnah siput gondang emas. Gambar sisipan, rupabentuk jenis racun berkenaan.
Oleh: MAIL MATHEW
KELUHAN dan rintihan beberapa petani sawah di Kg Batu 90, Tenom berhubung masalah serangan siput gondang emas seperti yang dilaporkan baru-baru ini akhirnya telah mendapat perhatian Jabatan Pertanian Sabah setelah beberapa pegawai dan kakitangan bahagian penyelidikan jabatan itu telah diarah turun padang untuk melakukan penyelidikan dan seterusnya mengambil langkah pencegahan serta pengawalan daripada terus merebak.
Dalam keadaan perasaan kecewa bercampur marah kerana tidak pasti di mana tempat mereka mengadu lagi setelah JKKK sebagai agensi kerajaan yang sepatutnya bertanggung jawab dari segi hal ehwal pembangunan dan kebajikan masyarakat di sesebuah kampung terus berdiam diri bagaikan ‘burung merpati mengeram telur disangkarnya’ yang diam dan menyepi tanpa kata-kata nasihat.
Dua orang petani sawah, Rostinah Jar, 56, dan Siti Nur Singkoron, 26, ketika memberitahu Sabahkini.net pada Isnin bahawa mereka (pesawah) ada keperluan mengucapkan syabas dan terima kasih kepada portal terkenal Sabahkini.net yang memaparkan masalah serangan siput gondang emas di situ untuk perhatian pihak berkenaan.
Salah seorang daripada mereka Rostinah Jar berkata, “ Kami hampir putus asa kerana sudah mencuba berbagai ramuan termasuk racun namun sedikit pun tidak berkesan,” sambil menyatakan bahawa pengalaman serangan siput gondang emas kali ini bukan lah bagi kali pertama malah ia sudah ketiga kali tetapi kali ini adalah yang serius.
“Kita juga berterima kasih di atas keperihatinan Jabatan Pertanian yang terus menghubungi kami setelah masalah kami tersiar kerana selama ini kami tidak tahu di mana tempat mengadu…tetapi tujuan kami memaparkan masalah ini kepada media bukan komplen, tetapi sekadar meluahkan masalah kami kepada masyarakat luar di sana dengan harapan rintihan dan suara hati kami ada yang mendengar dan prihatin untuk membantu menyelesaikannya,” tegas Rostinah lagi.
Rostinah seterusnya berkata, mereka gembira kerana lawatan Pegawai Penyelidik Jabatan Pertanian, Teo Su Sin dan beberapa kakitangan lain disifatkan mereka telah memberi sinar dan harapan baru kepada masyarakat petani sawah di sini yang sebelum ini hampir-hampir putus harapan.
Katanya lagi, sejurus selepas mereka menunjuk ajar cara cara penggunaan racun itu, mereka juga dibekalkan beberapa jenis racun untuk tujuan itu seperti Farcraea Selloa, Furcraea (kuning) dan Metaldebyde.
Dalam pada itu, Pegawai Penyelidik tersebut ketika memberi taklimat kepada mereka menegaskan bahawa pemakain racun jenis ‘Tiudon’ yang terdapat di kedai pembekal, adalah kurang sesuai kerana produk-produk tersebut mempunyai pengawetan racun yang berlebihan dan disebabkan itu ia mungkin mempunyai kesan-kesan lain yang akan membahayakan kesihatan.
20 ulasan:
siput gondang emas ini mmg sejak dahulu lagi diketahui merosakkan tanaman terutamanya padi. langkah yang benar2 berkesan perlu ada bagi memastikan tiada lagi serangan dari siput ini berlaku terhadap tanaman.
baguslah jika masalah siput gondang emas sudah dapat diselesaikan. ini pasti menggembirakan petani yang terlibat.
harap hasil pertanian akan dapat ditingkatkan dan masalah seperti ini tidak akan berlaku lagi.
yang penting masalah ini sudah selesai. tahniah kepada Jabatan Pertanian serta media yang bertindak sebagai medium menyampaikan masalah rakyat terus kepada pihak yang bertanggungjawab.
Diharapkan selepas ini tiada lagi masalah gondang emas berlaku.
tidak semestinya masalah yang dihadapi oleh rakyat itu tidak mendapat perhatian oleh kerajaan. bila rakyat tidak tahu kepada siapa mereka harus mengadu, sudah tentu masalah mereka tidak akan dapat diselesaikan. sebab itu pemimpin yang telah dipilih perlu sentiasa dekat kepada rakyat dan bertindak sebagaimana layaknya beliau bergelar sebagai pemimpin rakyat.
Semoga penanaman padi ini akan berjalan dengan subur dan mendapat hasil yang baik.
Siput yang memberi masalah kepada tanaman padi ini telah pun selesai diuruskan dengan bantuan dari jabatan pertanian.
Terima kasih kerana membantu petani ini menyelesaikan masalah gondang emas, tak sangka mereka bertindak cepat setelah petani-petani ini meminta bantuan tidak lama sebelum ini.
Harap semua jabatan kerajaan boleh bertindak cepat setelah diminta bantuan oleh rakyat.
Tahniah kepada kerajaan yang berhempas pulas menyelesaikan masalah tersebut.
Kudos to the authorities.
dgn ini hasil pertanian akan makin meningkat.
Itu baru salah satu daripada masalahnya.
Baguslah kalau masalah dah selesai.
Ya Kamal. Semoga selepas ni masalah seperti ni tidak timbul lagi.
Saya yakin para petani dapat bertani dengan rasa senang hati.
kepada semua pihak yang telah menghulurkan bantuan, taniah kerana berjaya menanggani permasalahan ini dengan bijak.
Apapun selamat bertani :)
Bagus, satu usaha yang perlu mendapat pujian. Ini bermakna dalam sektor pertanian kita suda lebih maju.
Catat Ulasan