SHAH ALAM: Persoalan yang timbul daripada kematian pembantu politik, Teoh Beng Hock akan terjawab pada 5 Januari depan.
Pada tarikh tersebut, Koroner Azmil Muntapha Abas yang mendengar prosiding inkues kematian Teoh dijadualkan memberi keputusannya mengenai sebab kematian mendiang.
Prosiding inkues yang bermula pada 29 Julai 2009 diadakan dua minggu selepas kematian Teoh.
Teoh, 30, ditemui mati di tingkat lima koridor Plaza Masalam, Seksyen 9, di sini pada 16 Julai 2009, selepas beberapa jam dipanggil memberi keterangan berhubung dakwaan penyalahgunaan wang peruntukan Kerajaan Negeri Selangor di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan