Khamis, 16 Disember 2010

Kediaman rasmi Exco akan dimanfaat sepenuhnya

SELANGOR KINI


SHAH ALAM - Selangor akan memanfaatkan sebaik mungkin kemudahan kediaman rasmi Exco Kerajaan Negeri bagi program-program rasmi dan tidak merancang untuk menjual kesemua lot banglo tersebut.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Ir Iskandar Abdul Samad berkata, kerajaan negeri tidak merancang untuk menjual rumah tersebut berikutan keuntungan yang bakal di peroleh tidak memadai untuk menampung program pembangunan.

“Jika kita menjual rumah tersebut, kita hanya boleh mendapat sekitar RM30 juta dan itu tidak berbaloi,” katanya.

Menurut Iskandar, kerajaan negeri turut mengambil langkah mengurangkan kos penyelengaraan sebanyak RM180,000 kepada RM100,000 bagi mengelakan pembaziran.

Sebelum ini, rumah kediaman rasmi Exco kerajaan negeri yang dibina kerajaan negeri terdahulu pernah menjadi kontroversi kerana dikatakan membazir wang rakyat.

“Buat masa ini rumah tersebut didiami pegawai kewangan negeri, penasihat undang-undang negeri dan sekretariat Menteri Besar,” jelas Iskandar.

Tambah Iskandar, kediaman rasmi tersebut turut digunakan untuk persidangan Menteri-Menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan Rakyat (Pakatan) baru-baru ini.

Tiada ulasan: