Rabu, 15 Disember 2010

KAKITANGAN HOTEL IMPERIAL KK BIADAP?

Oleh: SHAIMON S JUMADI

‘KEBIADAPAN, kurang sopan dan bersikap kasar’ kepada pelanggan menunjukkan Hotel Imperial International Kota Kinabalu belum layak menerima limpahan pelancong ke Sabah yang memerlukan kesantunan luar biasa, apatah lagi terletak di tengah jantung Ibu Negeri Sabah dan berdekatan Pusat Membeli Belah terkemuka iaitu Centre Point.

Secara kebetulan Ketua Biro Sabahkini.Net Wilayah Sandakan yang sedang berada di Kota Kinabalu, dua hari lalu telah didatangi oleh tiga orang pelanggan Hotel Imperial daripada Tawau yang menginap di hotel berkenaan selama tiga hari yang meminta nama mereka dirahsiakan untuk mengadu masalah layanan buruk daripada pegawai dan kakitangan hotel berkenaan.

Salah seorang pelanggan yang hanya di kenali sebagai Awang (bukan nama sebenar) mendakwa perbuatan sebahagian pegawai dan kakitangan yang mengasari pelanggan benar-benar mencemarkan nama baik hotel tersebut yang sering kali menjadi tempat pegawai kerajaan berkursus.

“Beberapa orang pegawai yang ditugaskan di bahagian kaunter cukup biadap. Bila kita meminta tolong sesuatu dari mereka, banyak cakap yang bukan-bukan sehingga hampir menimbulkan pergaduhan antara pelanggan dengan pegawai hotel tersebut,” ujar Awang yang kesal kerana mereka tidak layak bekerja di ‘Front Desk’.

Kata Awang, jika sikap mereka berterusan begini tanpa sebarang kawalan dan pemantauan disiplin, sudah pasti akan mencemarkan nama hotel itu, bahkan turut menjejaskan nama baik negeri Sabah di mata para pelancong yang datang menginap di hotel ini.

“Dalam hal ini saya minta pihak pengurusan Hotel tersebut supaya menjalankan siasatan rapi melalui pemantauan CCTV dan memecat sahaja para pegawai dan kakitangannya yang didapati bersikap biadap dan kurang sopan kepada pelanggan yang menginap di hotel ini,” saran Awang demi kebaikan bersama dan mengelak kerugian hotel jika pelanggan tidak jadi menginap atau memendekkan tempoh penginapan untuk berpindah ke hotel lain seperti yang beliau lakukan.

Ekoran daripada tindakan dan kelakuan sebahagian pegawai dan kakitangan yang bersikap biadap itu, kata Awang, sudah tentu pelanggan akan serik dan tidak lagi mahu menyewa atau menginap hotel tersebut sekalipun diberi secara percuma.

“Saya tidak berniat serong atau untuk mencemar nama baik hotel ini, sebaliknya ingin membantu hotel tersebut membaik pulih mutu perkhidmatan dan meningkatkan profesionalisme perhotelan di Sabah yang kurang bermutu berbanding Langkawi, Melaka dan Kuala Lumpur,” ujar Awang lagi.

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sikap biadap terhadap pelanggan adalah perbuatan yang melanggar etika kerja. hal ini bukan sahaja mencemarkan nama baik hotel, malah masyarakat Sabah sendiri.

samm berkata...

hal ini patut disiasat oleh pihak pengurusan hotel tersebut.

Tanpa Nama berkata...

tidak rugi jika pihak pengurusan hotel membuang sahaja pekerja yang tidak berbudi bahasa. walau pelanggan mana sekalipun samada luar atau tempatan, mereka wajar diberi layanan yang terbaik.

samm berkata...

pekara ini perlu diambil perhatian oleh pihak pengurusan hotel kerana ia melibatkan imej dan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan.

Tanpa Nama berkata...

jika mahu kekal lama dalam industri perhotelan, bersaing lah dengan hotel2 lain dengan cara memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Unknown berkata...

Siasatan harus dibuat untuk memastikan dakwaan pelanggan tersebut adalah benar kerana ada juga kes di mana pesaing menyamar sebagai pelanggan untuk sabotaj pesaing mereka.

Unknown berkata...

Pihak pengurusan hotel haruslah sentiasa membuat pemantauan terhadap pekerja untuk mengelak mereka melakujan sebarang perbuatan yang boleh menjejaskan nama hotel.

Hosie Masie berkata...

Ingat kepada perniaga bahawa hak pelanggan tetap diutamakan. Pelanggan boleh membuat aduan sekiranya itu adalah yang terbaik untuk mereka. Perkhidmatan haruslah lebih memuaskan untuk menjaga mutu perkhidmatan sesebuah hotel.

Anak Sabah berkata...

Kakitangan hotel yang biadap ini patut dipecat kerana memburukkan nama baik hotel dan juga imej Sabah.

Anak Sabah berkata...

Jangan disebabkan setitik nila, merosakkan susu sebelaga.

Sesiapa yang bekerja dalam sektor perkhidmatan sepatutnya sentiasa ramah mesra dan juga sopan terhadap pelanggan. Pekerja yang biadap seperti ini tidak patut berada dalam sektor perkhidmatan.

nurfatihah berkata...

Bagaimana cara biadap mereka itu? Kenapa tidak dijelaskan?

nurfatihah berkata...

Customer is always right.

Mungkin tidak selalu, tapi sekurang-kurangnya perlu menghormati pelanggan.

Paquin berkata...

Ada baikknya hal ni disiasat sebelum pelancong luar pula yang buat komplen pasal kebiadapan k/tangan hotel!

Paquin berkata...

Tapi kalau ya pun mahu buat aduan, buat lah dengan cara yang betul. Saya yakin setiap yang berlaku pasti ada sebabnya.. Semoga tindakan diambil segera.

Gopuk berkata...

Tidak sepatutnya berlaku. Tapi apa boleh buat kita manusia, tidak lari dari melakukan kesilapan, dan yang penting jangan lagi mengulangi kesalahan itu.