Khamis, 23 Disember 2010

Jaja rokok

PENJUAL rokok haram beroperasi di kaki lima pekan Keningau.

Oleh Mohd Izham Unnip Abdullah


KENINGAU: Selain membuka `kaunter ekspres' menjual rokok di kaki lima kedai dan perhentian bas, penjual rokok haram di pekan ini juga ligat menjual rokok secara bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain di sekitar pekan ini bagi mencari pelanggan.

Kegiatan tidak kira masa, dari pagi hingga malam, selagi masih ada orang ramai di pekan ini, seolah-olah operasi mereka tidak mendapat perhatian Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau agensi penguat kuasa lain.

Jika di Kota Kinabalu, kegiatan menjual rokok secara haram dilakukan secara sembunyi, di pekan ini, penjualnya berurus niaga secara terang-terangan tanpa gentar ketika menghulurkan rokok kepada orang ramai di kaki lima kedai.

Bagi pengunjung luar di pekan ini, situasi itu agak mengejutkan kerana di kawasan lain, kegiatan menjual rokok di kaki lima kedai dilarang.

Seorang pengunjung dari Kota Kinabalu, Awang Aming Abdullah, 36, berkata dia terkejut melihat ramai penjual rokok beroperasi di kaki lima kedai sekitar pekan ini dan lebih memeranjatkan ialah ada penjual bergerak menawarkan rokok secara terbuka kepada orang ramai.

"Kalau di ibu negeri saya lihat penjual rokok haram takut menjual rokok secara terbuka kerana bimbang dirampas pihak berkuasa, tetapi di pekan ini situasi sebaliknya berlaku.

"Di sini, rokok boleh dibeli dengan mudah di kaki lima kedai. Bagi perokok yang malas berjalan, mereka boleh menunggu kedatangan penjual rokok bergerak," katanya.

Situasi itu menjejaskan imej pekan ini, terutama dari perspektif pelancong tempatan dan asing.

Pekan ini menjadi tempat persinggahan pelancong yang melawat beberapa tempat menarik di pedalaman seperti Taman Pertanian Sabah di Lagud Seberang, Tenom dan Batu Punggul di Pensiangan.

Rokok pelbagai jenama yang dijual di kaki lima pekan ini, dipercayai diseludup berikutan harganya lebih rendah berbanding rokok dijual secara sah.

Awang berkata, penguatkuasaan yang lemah terhadap aktiviti penjualan rokok haram adalah punca pengedar rokok seludup dari daerah lain mengambil kesempatan memasarkan rokok itu di pekan ini secara berleluasa.

"Kalau ada langkah penguatkuasaan lebih ketat, saya percaya kegiatan menjual rokok haram di kaki lima atau secara bergerak di pekan ini tidak berleluasa. Kegiatan ini turut menjejaskan perniagaan pengedar dan penjual rokok sah," katanya.

Tinjauan Berita Harian di sini mendapati, kebanyakan penjual rokok haram di pekan ini adalah Papar semuadaripada kalangan warga asing atau penduduk dari daerah lain dengan kebanyakannya menjadikan lokasi tumpuan orang ramai seperti perhentian bas, pasar malam dan pasar raya sebagai sasaran.

Harga lebih rendah berbanding rokok yang dijual secara sah mendorong orang ramai di pekan ini, khususnya golongan berpendapatan rendah, termasuk remaja lebih tertarik membeli rokok dipasarkan di kawasan kaki lima berbanding yang dijual di kedai.

Isnin lalu, akhbar ini mendedahkan rokok pelbagai jenama yang dijual secara haram pada harga lebih murah mengandungi nikotin dan tar melebihi paras dibenarkan serta menggunakan daun tembakau yang tidak memenuhi piawaian Lembaga Tembakau Negara.

18 ulasan:

evan medhousky berkata...

bukan sahaja keningau, malah aktiviti ini boleh kita saksikan di semua daerah bahagian pantai timur Sabah. seolah2 pihak berkuasa membenarkan mereka menjalankan perniagaan haram.

evan medhousky berkata...

rakyat juga tidak sepatutnya membeli hasil jualan mereka. semakin banyak permintaan semakin banyaklah penawaran. jika ini berterusan, pendapatan peniaga2 tempatan yang berlesen pasti terjejas. saya harap kerajaan atau pihak berkuasa di semua daerah mengambil berat dengan masalah ini.

mandau berkata...

kegiatan penjualan rokok haram ini telah lama berlaku, ia kini semakin berleluasa kerana kurang pemantauan dari pihak berkuasa.

mandau berkata...

kita tak boleh biarkan ia terus berlaku. pihak berkuasa perlu membanteras kegiatan ini.

Bhatera berkata...

Mana pihak berkuasa yang patut menyelesaikan masalah ini.

Bujang Senang berkata...

Piahk berkuasa haruslah selalu membuat rondaan bagi menangani penjualan rokok seludup ini. Kita tidak mahu mereka ini bermaharakalela memburukan pandangan orang awam. Maka bertindaklah selagi boleh ditangani.

Tanpa Nama berkata...

aktiviti menjual rokok haram ini perlu dipantau dan operasi bagi membanterasnya perlu dilakukan.

Tanpa Nama berkata...

penjualan rokok haram bukan saja menyalahi undang-undang, tetapi juga boleh mendorang kanak-kanak sekolah untuk melibatkan diri dengan aktiviti merokok.

Jason berkata...

This is nothing new. Not only Keningau has this sort of illegal activity going on but also other district.

Jason berkata...

Having this people conducting illegal business will effect the local business. Government should do something about this problem.

Unknown berkata...

Satu tindakkan berani para penjual rokok jalanan. Dimanakah pihak berkuasa untuk membenteras para penjual rokok haram ini..

Unknown berkata...

Keadaan yang sama berlaku di KK.....selalu bermain di fikiran saya jika saya mempunyai kuasa untuk melakukan sesuatu tetap saja saya mengambil tindakan terhadap mereka itu...

Mohd Ishak berkata...

Kegiatan menjual rokok seledup patut diberhentikan.

onong berkata...

Jaja rokok bukan hanya berlaku di pedalaman tapi di KK juga.

chimchim berkata...

This problem happens everywhere.

onong berkata...

Most of the illegals are selling banned cigarettes in town.

Velove berkata...

Ini salah satu punca pendapatan bagi sesetengah penduduk di situ.

Nemia berkata...

I hope the government will sort out mechanisms to curb the matter.