WarkahDaily
Jika perhatikan kepada pemimpin negara yang ada sekarang, tak pernah nampak pun yang betul-betul berjiwa rakyat seperti yang didakwa. Sekadar ucapan yang meniti di mulut, sekadar paparan lakonan pada banner yang dipasang setiap ceruk kawasan yang boleh dilihat. Semuanya adalah lakonan konon berjiwa rakyat. Tapi yang sebenarnya indah khabar dari rupa, cakap tak serupa bikin.
Namun paparan gambar dalam WarkahDaily ini lain pulak ceritanya. Gambar ini bukanlah pada paparan banner-banner tepi jalan, bukan untuk tatapan televisyen atau pun mana-mana akhbar arus perdana, tapi sekadar dari laman blog sahabat malaysiaberih.blogspot.com.
Gambar aktiviti memancing Presiden PAS di Kenyir pada 26-28 November 2010.
Paparan gambar ini pulak bukan bertujuan untuk mencari publisiti atau sebagai lakonan kepada rakyat di luar sana tapi ianya betul-betul realiti yang terjadi dalam kehidupan seorang pemimpin yang betul-betul berjiwa rakyat.
Snap gambar ni bukanlah seperti yang dikehendaki oleh tuan yang ada dalam gambar tu tetapi tuan punya kamera mahu jadikan kenang-kenangan bersama pemimpin yang dikasihi.
Begitu bersederhana pemimpin yang bergelar Presiden sebuah parti Islam terbesar di negara ini yang begitu disenangi rakyat dan mudah mendekati rakyat.
Semua sedia maklum akan kesederhanaan Presiden PAS ni. Rumahnya tak seperti pemimpin-pemimpin yang ada hari ini, pakaian jubah pula menjadi identiti beliau. Saban hari Jumaat tiba, jika tiada program lain yang perlu komitmen beliau, masjid Rusila akan menjadi tempatnya menabur ilmu agama untuk rakyat.
Penulis menggarapkan kekaguman ini bukan untuk puji memuji tetapi mahu ianya dijadikan panduan dan tauladan kepada kita dan semua rakyat Malaysia.
Penulis mahu orang di luar sana tahu membezakan pemimpin berjiwa rakyat dengan pemimpin kecewakan rakyat.
Sudah lama negara ini dipimpin oleh pemimpin yang hanya menggemukkan perut sendiri, mengkayakan anak beranak sendiri, membesarkan mahligai sendiri, memenuhkan poket sendiri dengan hasil mahsyul negara yang menjadi milik rakyat.
Jadi sekarang sudah sampai masanya rakyat membuka mata seluas-luasnya dan berfikir dengan waras, mengerti untuk membezakan siapa yang betul-betul layak memimpin kita dan mengurus khazanah-khazanah yang ada di negara ini.
Jangan terpedaya dengan pemimpin yang hanya pandai berkata-kata dan berlakon di depan kita tapi realitinya tidak seperti yang diwar-warkan. 53 tahun bukannya sebentar, namun rakyat masih lagi hidup dalam kemiskinan, rumah masih usang, kemudahan asas pun belum lagi dikecapi dengan sepenuhnya.
Tapi bila tiba pilihanraya, modal pembangunan dilaung di serata tempat. Habis pilihanraya, semuanya tinggal papan tender projek pembangunan yang berlumut dan dinaiki pokok-pokok menjalar. Mungkin yang dapat dirasai rakyat kawasan pilihanraya hanyalah turapan tar jalanraya ekspres yang hanya ‘expired date’ sekadar beberapa bulan sahaja, lepas tu mulalah berlubang sana-sini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan