Selasa, 21 Disember 2010

GUNA JALAN KUDA SEJAK 32 TAHUN LALU

Oleh: SHAIMON S JUMADI

BAK kata pepatah, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Namun bagi penduduk kampung Lobon-Lobon dan Kaumpung Kaung di Kota Belud, sekalipun mereka mempunyai kemahuan untuk mendapatkan jalan berturap, namun kerajaan masih gagal menaiktaraf ‘Jalan Kuda’ yang dibina Kerajaan Berjaya sejak 32 tahun lalu.

Jalan gravel sepanjang lebih kurang satu kilometer yang menghubungkan Kampung Lobon-Lobon dan Kampung Kaung Kota Belud tidak pernah disentuh oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sehingga meresahkan penduduk kerana permintaan mereka tidak pernah mendapat layanan setimpal.

Salah seorang penduduk yang mengirim E-mail berupa gambar dan sedikit teks kepada wartawan sabahkini.net namun meminta agar namanya dirahsiakan meminta pihak Sabahkini.net menyiarkan masalah jalan ini supaya kedua-dua wakil rakyat, termasuk ADUN dan Ahli Parlimennya tahu apa yang sudah terjadi terhadap jalan tersebut.

“Sudah sekian lama jalan tersebut tidak pernah dibaik pulih dan jalan ini juga sebenarnya adalah peninggalan warisan dizaman pemerintahan BERJAYA yang membina jalan tersebut untuk kemudahan penduduk-penduduk kampung berhampiran” katanya.

“Kami hairan peruntukan kerajaan berjuta-juta ringgit disalurkan ke negeri ini, tetapi kenapa jalan kampung kami cuma sejauh satu kilometerpun susah hendak dinaik taraf. Ke mana sudah perginya duit semua itu?” tanya penduduk itu lagi.

Kata penduduk kampung berkenaan, mereka memberi kemenangan kepada kedua-dua Wakil Rakyat BN (Adun dan MP) supaya mereka boleh membantu msyarakat di kawasan ini tetapi undi mereka hanya sia-sia.

“Kami juga inginkan kemudahan asas untuk keselesaan kami yang punya jalanraya yang bagus macam di kawasan lain dan bukan seperti sekarang ini. Kita bimbang rakyat tidak dapat bersabar lagi dan memberikan undi mereka kepada pembangkang pada pilihanraya umum akan datang kerana undi BN hanya seperti mencurah air di daun keladi,” ujar penduduk tersebut.


35 ulasan:

mandau berkata...

jalan tersebut hanya sejauh 1 KM, kerajaan tentu dpt memperbaiki jalan tersebut.

azman berkata...

pekara ini perlu diberikan perhatian yang sewajarnya.

azman berkata...

harap jalan tersebut dapat dibaiki agar dapat memberikan keselesaan kepada pengguna jalan tersebut.

nickko berkata...

pembetulan.. bukan kg Lobon-Lobon tetapi Lobong-Lobong.. jalan sejauh 1KM yang menghubungkan kg Lobong2 dan Kg Kaung sangat kritikal dimana keadaannya yang curam, sempit, berlubang dan dipenuhi batu2 besar sangat menyukarkan perjalanan dan membahayakan. malah sudah banyak kali kenderaan yang melalui jalan itu terbabas terutamanya ketika waktu malam dan hujan.

nickko berkata...

saya harap jalan itu dapat dinaik taraf secepat mungkin supaya penduduk kampung dapat melakukan tugas harian mereka atau keluar berurusan dengan mudah dan selamat. saya sendiri akui masalah ini sudah terlalu lama dan perlu diberikan perhatian..

Anak Sabah berkata...

Diharapkan kerajaan negeri akan memberi perhatian kepada masalah ini dan meluluskan peruntukan untuk menaik taraf jalan raya ini.

Anak Sabah berkata...

Kerajaan juga perlu memastikan semua jalan raya di negeri ini masih dalam keadaan yang baik.

onong berkata...

Jalan kuda? Rupanya masih banyak jalan raya yang belum siap dibina.

Tanpa Nama berkata...

jka jalan itu begitu teruk, ia patut diperbaiki bagi keselesaan dan keselamatan pengguna jalan tersebut

Sanih Alias berkata...

Harap kerajaan akan menyelesaikan masalah ini seboleh-bolehnya. Jangan biar rakyat menderita dengan sikap pemimpin yang tidak ambil peduli tentang rakyat.

Sanih Alias berkata...

Bukan panjang sangat pun jalah itu. Cuma 1 KM saja, tidakkan kerajaan tidak ada peruntukkan untuk pembaikkan jalan raya. Kemana pergi bajet itu...?Selesaikanlah selagi rakyat terima kerajaan.

Bujang Senang berkata...

32 tahun jalan itu langsung tidak ada disentuh oleh BN??Apa pun BN harus membantu untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk tersebut. BN pasti boleh menyelesaikan masalah jalan yang kurang selesa.

Bujang Senang berkata...

Berjuta-juta peruntukkan untuk memperbaiki jalan tapi kenapa dikwasan ini langsung tidak ada disentuh sekalipun. Apa pun semoga kerajaan akan memberikan apa yang rakyat mahu. 1 dari 5 kemahuan terlaksana itu boleh mengurangkan beban rakyat.

Tanpa Nama berkata...

apa wakil rakyat di kota belud buat? wakil rakyat (DUN dan parlimen) harus turun padang melihat permasalahan ini.

Tanpa Nama berkata...

dimana peruntukan pembangunan dan menaik taraf jalan raya itu pergi? apakah jalan raya di kampun Lobon-Lobon tidak layak untuk dinaik taraf?

Tanpa Nama berkata...

wakil rakyat di kota belud harus lebih sensitif dengan isu2 seperti ini..

Tanpa Nama berkata...

ramai tokoh pemimpin dilahirkan di KB namun tiada seorang pun yang mengambil tahu mengenai masalah ini..sungguh mengecewakan dan memalukan.

Tanpa Nama berkata...

diharap pihak berkenaan akan segera menyelesaikan masalah ini.

Ezef berkata...

I can't imagine how far would it take to reach the destination.

Paquin berkata...

Macam makin famous pula Kota Belud ni dengan masalah. huhu

Paquin berkata...

Kerajaan harus membuat sesuatu utk perkara ini. Bantulah rakyat seadanya.

Paquin berkata...

1KM? hhmmm napalah masih belum dibaiki... kesian betul rakyat oo..

Paquin berkata...

32 tahun itu sudah cukup lama dan sepatutnya masa itu digunakan sebaik mungkin utk menaiktaraf jalan tersebut.

Paquin berkata...

Apapun alasan jalan ini blm dinaiktaraf, saya harap agar kerajaan dapat mengambil tindakan dalam kadar segera.

Velove berkata...

Adakah Sabah masih ingin kembali seperti zaman dulu?

Nemia berkata...

They have been waiting for 32 years. OMG! I barely live in this place.

noemi berkata...

Whatcha waiting for? Or they have to wait till the next GE?

Mohd Ishak berkata...

Harap kerajaan akan membantu menaik taraf jalan raya di Sabah untuk kegunaan rakyat.

kb girl berkata...

Kesian orang Sabah. Sudah lebih setengah abad merdeka tapi masih ada tempat yang guna jalan kuda.

Unknown berkata...

Apa???? Betulkah ini?
YB tidak pernah ke kampung tersebut mungkin, jika tidak, kenapa YB tidak bertindak?

Unknown berkata...

Pembangunan infrastruktur Sabah memang ketinggalan berbanding Semenanjung Malaysia.

Unknown berkata...

Jalan kuda ini cukupo tahan lasak. 32 tahun masih lagi dipakai.

captain berkata...

Ada lagi jalan kuda di Sabah?

Antanum berkata...

Hal ini perlu diteliti dan harus dijelaskan kenapa tidak ada peruntukan untuk menaiktaraf jalan tersebut.

Unknown berkata...

Jalan 'kuda' sepanjang 1 km tidak mampu dinaik taraf dengan jalan aspal? Apa yang boleh kita harapkan?