Oleh: KREW SABAHKINI.NET MANTAN Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Sabah, Datuk Yusof Haji Kassim dipercayai akan dilantik sebagai Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri Sabah dalam masa terdekat; sekalipun ada ura-ura perkhidmatan TYT sekarang, Tun Ahmad Shah akan disambung ‘SETAHUN’ lagi setelah senarai yang dikemukakan Kerajaan Negeri Sabah tidak dipersetujui Perdana Menteri. Mengikut sumber yang dipercayai, Dato’ Seri Najib telah bersetuju agar Datuk Yusof ‘ditabalkan’ sebagai TYT setelah menolak beberapa nama yang dicadangkan beberapa kali oleh Kerajaan Negeri termasuk Tan Sri Hamid Egoh, Datuk Ilyas Ebrahim, Datuk Juhar Mahiruddin, Datuk Yahya Hussin dan .beberapa tokoh ternama lain. Tempoh perkhidmatan Tun Ahmad Shah akan tamat pada 31 Disember 2010 setelah dilantik sebagai TYT pada 2 Disember 2002 menggantikan Tun Sakaran Dandai. Bagaimanapun, keputusan hampir pasti tersebut belum dikeluarkan daripada Pejabat Perdana Menteri kerana masih ada pihak yang melobi untuk mencalonkan tokoh masing-masing sementara menunggu perkenan Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong. |
21 ulasan:
tak kisah siapa yang menjadi TYT seterusnya, yang penting ia biarlah tokoh yang benar2 layak dan berkebolehan.
Kalau beliau benar2x layak dan berkebolehan, apa salahnya kalau beliau jadi TYT.
Yang penting, beliau akan melaksanakan tanggung jawabnya sebagai TYT.
tiadak kiralah siapa pun yang bakal menjadi TYT nanti, yang penting mampu dan berkebolehan untuk menjalankan tanggungjawab berkenaan.
apa pun, baik tunggu saja lah pengumumam rasmi.
Hopefully the right person will be elected for this position.
We should wait and see who will be elected as the next TYT.
Siapa pun jadi TYT yang pasti akan memberikan contoh kepada semua.
sementara keputusannya masih samar2 lebih baik kita tunggu dan lihat sahaja. biarlah PM dan YDPA tentukan siapa tokoh yang layak memandangkan hanya mereka sahaja yang mempunyai kuasa memilih.
Biarlah orang itu betul-betul berkelayakan untuk menjadi TYT. Mungkin kita hanya tunggu adakah TYT sekarang akan dilanjutkan jawatan atau sudah tiba masanya akan digantikan oleh calon yang terpilih.
bermacam desas desus kita dengar mengenai siapa menjadi TYT seterusnya. bagaimanapun, keputusannnya kita akan ketahui juga nnti.
I thought Egoh will be the one.
Sabah set to see new Yang di-Pertua Negri
KOTA KINABALU: Sabah is set to see a new Yang di-Pertua Negri on Jan 1.
Tun Ahmadshah Abdullah’s eight years as head of state will end Dec 31 under the two-term limit.
Under the state constitution, the TYT is appointed at the discretion of the Yang di-Pertuan Agong after consulting the Chief Minister.
However, the state government under Chief Minister Datuk Musa Aman is keeping a tight lid on the potential successor to the 64-year-old Ahmadshah, who took over as the TYT from Tun Sakaran Dandai in 2002.
Political circles in Sabah are playing the guessing game as to who will succeed Ahmadshah.
Political observers are watching to see whether Musa will recommend a former civil servant or a politician to take over from Ahmadshah, whose appointment eight years ago under then chief minister Tan Sri Chong Kah Kiat caught many by surprise.
Among the half a dozen names mentioned were state assembly Speaker Datuk Juhar Mahiruddin, a lawyer, former MP and Dewan Rakyat deputy speaker.
Political circles see Juhar as the frontrunner although other names which have come up are former state secretary Tan Sri Hamid Egoh and Kota Kinabalu City Mayor Datuk Iliyas Ibrahim.
Both Hamid and Iliyas are civil servants with no political affiliations while another former civil servant mentioned was Datuk Yussof Kassim.
Other names include current deputy chief minister Datuk Yahya Hussin and veteran politician Tan Sri Ampong Puyon.
Betul ke ni? Ahmadshah bakal turun takhta pada 31 Dis ni.
Waiting for the good news.
Let's see the votes first.
keputusan rasmi belum dikeluarkan..siapa yang bakal menjadi TYT sabah masih teka-teki walaupun ada ura2 yang mengatakan bahawa TYT sekarang akan disambung khidmatnya..
diharap calon TYT yang dipilih adalah seseorang yang benar2 layak dan komited dengan tanggungjawabnya..TYT sekarang telah menjalankan tanggungjawabnya dengan baik..diharap TYT seterusnya akan memberikan khidmat yang lebih baik.
terpulang kepada kebijaksanaan pucuk pimpinan kerajaan untuk menentukan calon TYT sabah yang seterusnya.
tunggu dan lihat kenyataan rasmi yang akan dikeluarkan..
Jika disambung setahun lagi, saya rasa tidak mempunyai masalah dengan itu..
Catat Ulasan