Bekas ahli majlis tertinggi, PKR, Badrul Hisham Shaharin akan menolak semua lantikan parti itu selagi bantahannya berhubung pemilihan PKR yang berlangsung bulan lalu tidak diberi penjelasan bertulis.
“Saya dengan ini menyatakan akur apa yang berlaku tetapi sama sekali tidak mengiktiraf keputusan pemilihan PKR 2010. Saya masih juga menantikan penjelasan bertulis dalam perkara yang saya bangkitkan.
“Saya tidak kecewa kerana saya tewas, kalau kecewa pun adalah kerana saya tidak dapat melaksanakan pembaharuan dalam AMK yang saya dan teman-teman amat yakin mampu menyerlahkan politik reformasi yang kita laungkan selama ini yang telah digariskan dengan jelas dalam Manifestasi Anak Muda Malaysia,” kaatnya dalam satu kenyataan.
Menurut beliau, yang dibangkitkan ialah soal ketelusan bukan siapa kalah atau menang.
“Melaksanakan agenda 1 anggota 1 undi adalah satu penciptaan sejarah yang berani. Amat memahami ini proses baru dan banyak kelemahan, tetapi tidak sama sekali berkompromi apabila alasan baru itu sebagai alasan untuk melakukan ketidak telusan dan 'menyapu di bawah pemaidani,” katanya.
“Semua yang hadir termasuk pemerhati dan media menyaksikan bagaimana undi angkat tangan memilih pengerusi tetap dalam Kongres AMK Pusat pun kiraannya ditipu.
“Sehubungan dengan itu saya juga menolak semua jawatan lantikan yang bakal ditawarkan selagi tidak mendapat penjelasan bertulis mengenai apa yang saya bangkitkan dalam bantahan.
Menurut Badrul Hisham, jawatan bukan alasan untuk bekerja dan menegaskan walaupun tidak diberikan jawatan peringkat pusat, beliau akan terus setia dalam memperkasakan PKR.
“Saya masih yakin PKR merupakan parti terbaik dalam melaksanakan reformasi dalam negara. Namun PKR juga seharusnya sedia dalam menjamin demokrasi yang telus dalam parti,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan