Selasa, 28 Disember 2010

BN kerah segala sumber hadapi PKR DUN Tenang: Abdul Ghani

BERNAMA

LABIS - Barisan Nasional (BN) Johor akan menggembleng segala sumber yang ada serta UMNO negeri dalam menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang pada 30 Jan depan.

Pengerusinya Datuk Abdul Ghani Othman yang juga Menteri Besar Johor berkata, segala kekuatan yang dimiliki BN dan UMNO Johor akan dikerah untuk membantu kempennya di DUN Tenang.

"Kita berkeyakinan untuk mempertahankan kerusi DUN Tenang," katanya yang yang juga Pengarah Pilihan Raya BN DUN Tenang kepada pemberita selepas melawat keluarga bekas anggota DUN Tenang Allahyarham Datuk Sulaiman Taha di Labis Park di sini, hari ini.

Abdul Ghani yang juga Pengerusi UMNO Johor berkata, BN Johor akan mengerah lebih daripada 70 wakil rakyatnya yang mewakili pelbagai kawasan DUN serta Parlimen di negeri ini untuk membantu kempen di kawasan terbabit.

Kerusi DUN Tenang kosong berikutan kematian wakil rakyatnya selama dua penggal daripada BN, Sulaiman, 59, akibat jangkitan kuman dalam darah dan penyakit kencing manis di Hospital Pakar Ampang Puteri Kuala Lumpur pada 17 Dis lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 22 Jan tahun depan sebagai hari penamaan calon manakala 30 Jan ialah hari pengundian.

DUN Tenang mempunyai lebih 14,700 pengundi. Pada pilihan raya umum lepas, Allahyarham Sulaiman menewaskan calon Pas, Mohd Saim Siram dengan kelebihan undi sebanyak 2,491.

Abdul Ghani berkata, BN akan memberikan perhatian kepada semua 12 daerah mengundi yang terdapat di DUN Tenang, bagi memastikan ia mampu memperoleh keputusan yang lebih baik berbanding Pilihan Raya Umum 2008.

"Kita akan melipat gandakan usaha di kesemua daerah mengundi dalam usaha untuk mencapai keputusan yang lebih baik," katanya ketika ditanya sama ada BN akan menumpukan kempennya di beberapa daerah mengundi yang ia tewas pada pilihan raya umum lepas.

Beliau berkata, BN akan bekerja keras di setiap daerah mengundi di DUN Tenang, tidak kira walaupun parti itu menang besar atau kalah di daerah mengundi tersebut pada pilih raya umum lepas.

Mengenai calon BN di DUN Tenang, beliau berkata, UMNO Bahagian Labis telah mengemukakan beberapa nama kepada UMNO Johor untuk diajukan kepada Perdana Menteri yang juga Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Soal pemilihan calon BN adalah adalah hak presiden parti. Kita akan menerima apa sahaja yang diputuskan oleh presiden parti," katanya sambil menambah, pengumuman mengenai calon BN itu akan dibuat beberapa hari sebelum hari penamaan calon.

Beliau berharap anggota UMNO dan BN akan menyokong sesiapa sahaja yang diumumkan sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil DUN Tenang.

Abdul Ghani berkata, BN akan memberi tumpuan kepada beberapa isu tempatan bagi memastikan ia tidak dieksploitasi oleh pembangkang.

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

semua yang bertanding pasti akan berusaha untuk memenangi PRK ini.

Tanpa Nama berkata...

apa pun, semoga yang terbaik akan menang. harap semuanya akan berjalan dengan lancar...

tombolo berkata...

BN kena bersungguh- sungguh dalam menghadapi pilihannraya di DUN Tenang.

Tanpa Nama berkata...

persediaan rapi perlu ada bagi menghadapi PRK tersebut.

Unknown berkata...

Prepare yourself and good luck!

gambir berkata...

saya rasa kerap pula p/raya kecil diadakan di Malaysia semenjak beberapa tahun ni...semoga allayarham dicucuri rahmatnya. ia peringatan bahawa setiap yang hidup pasti mati dan oleh itu, berbanyaklah berbakti kepada rakyat....

gambir berkata...

BN kena tenang dan jangan cepat melenting...nanti susah pula kalau negara semakin kehilangan calon-calon berpotensi kerana kerap diserang penyakit orang-orang kaya seperti sakit jantung, diebetes, dsbnya...

Tanpa Nama berkata...

Just hope that they will focus on the real problems and not politicizing non-issues.

nickko berkata...

jangan terlalu yakin dan teruskan usaha. selebihnya serahkan kepada penduduk Tenang untuk memilih parti atau calon mana yang terbaik untuk mewakili mereka.

Hamdan Hadillah berkata...

Semoga BN dapat mengekalkan kerusi di Tenang.