Rabu, 15 Disember 2010

Bapa Saiful Bukhari pohon perkenan agong percepat kes liwat anaknya

SINAR HARIAN ONLINE

KUALA LUMPUR - Bapa kepada mangsa kes liwat Saiful Bukhari yang melibatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Azlan Mohd Lazim hari ini menyerahkan sepucuk surat kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk menarik perhatian Seri Paduka supaya kes itu yang sedang dibicara dipercepatkan.

Beliau hadir di hadapan Istana Negara di sini ditemani tiga orang rakannya menyerahkan surat berkenaan kepada seorang pegawai istana pada pukul 3 petang.

Azlan, 57, dalam kenyataannya kepada media berkata beliau mahu menyampaikan suara hatinya kepada baginda kerana sudah melalui pelbagai tekanan dan kesulitan akibat perbicaraan kes liwat membabitkan anaknya itu sering ditangguhkan sejak tiga tahun lalu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

"Saya amat berharap agar proses keadilan dapat dipercepatkan," katanya.

Kes berkenaan beberapa kali ditangguhkan kerana menunggu keputusan mahkamah ke atas beberapa permohonan daripada pihak Anwar.

Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful, 25, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

memang wajar tindakan seorang bapa yang menyerahkan surat agar kes dipercepatkan demi memelihara maruah diri, keluarga dan anaknya itu. mereka ada maruah dan harga diri yang perlu dipertahankan. lainlah dengan si Ketua Penipu itu yang memang jelas tidak ada maruah dan rasa malu.

Tanpa Nama berkata...

kes ini tleeh lama dibicarakan, namun hingga kini ia belum lagi selesai kerana ia sering ditangguhkan, harap kes ini akan dipercepatkan.

Tanpa Nama berkata...

selain mengambilkira maruah keluarga mangsa, untuk kebaikan dalam negara serta hubungan dengan luar negara, kes Anwar ini wajar dipercepatkan. kita tidak mahu timbul persepsi atau andaian negatif pihak luar terhadap sistem kehakiman negara.

samm berkata...

kes ini telah lama tapi sampai sekarang belum selesai lagi.

samm berkata...

harap kes ini akan dapat diselesaikan dengan segera agar kebenaran akan diketahui.

Hosie Masie berkata...

satu cadangan yang baik agar masalah perbicaraan ini dipercepatkan. kerana semakin lama semakin timbul pelbagai isu yang keluar.

Anak Sabah berkata...

Tidak kira bagaimana perkara ini berakhir, maruah dan masa depan Saiful ini sudah pun dimusnahkan.

Anak Sabah berkata...

Baik kes ini dipercepatkan kerana dah bosan dengan kes ini yang tiada penghujung.

Unknown berkata...

Sampai bilakah kes liwat ini selesai?? Baik percepatkan kes liwat ini.

Unknown berkata...

Kes ini telah pun merosakkan nama Saiful dan Anwar. Asal saja terbaca perkataan liwat, mesti saya teringat Saiful dan Anwar.

orangkampong berkata...

Pasal apa pulak si bapa minta Yang Dipertuan Agung masuk campur ?. Besar dan penting sangat ke Saiful tu kepada negara atau kerananya ada pemimpin negara yang akan terpalit menerima bahana keresahannya ?.

Rakyat dah awal-awal minta kes liwat (2) tu dibicara dengan adil. Kalau ikut saranan rakyat, dah lama kes tu ditutup dan Saiful atau Anwar akan berada di tempat ' ditentukan ' !

Paquin berkata...

Apapun alasannya, yg pasti hal ni harus diselesaikan segera!!!

Paquin berkata...

Semoga kes ini dipercepatkan dan diberi perhatian serius. Apapun tunggu & lihat ja la nanti k.

nurfatihah berkata...

Satu pihak sedang menanggung malu, manakala satu pihak lagi tidak segan silu memalukan negara.

Gopuk berkata...

Kes seperti ini tidak sepatutnya dilambat2 kan...kenapa perlu melambatkan proses ini...sila percepatkan.....