SABAH DAP Kudat Chief, Alex Wong today visited the dumping of the Kudat district at Jalan Sikuati Lama after receiving complaints from the residence and plantation owners who are affected by the piles of rubbish and garbage dumped along the access road leading to the dump site.
Alex was told the Kudat district garbage dump trucks and lorry dumped the rubbish and smelly garbage together with other rubbish throwers on to the road side that caused the massive piles to build up. The road condition is very bad and that could be the reason why everybody is dumping the rubbish just along the road.
The people complain about the smell and the dirty environment that is really affecting them and especially their health.
Alex Wong hopes the Kudat District Council can do something to clear the tones of garbage and remove it to a proper burial ground and cover it with earth to stop the heavy foul smell. We cannot allow this to continue and this shows the council is not doing its work well. -DAP MEDIA
KINI SANDAKAN PULA BANDAR SAMPAH?
APA sudah jadi dengan tahap kebersihan di Sandakan kerana kita sering berhadapan dengan masalah kebersihan yang begitu teruk dan seolah-olah Majlis Perbandaran Sandakan langsung tidak berbuat apa-apa untuk menangani permasalahan yang sering menyakitkan mata memandang.
Walaupun gambar di atas diambil dari Jambatan No. 8, Perkampungan Sim-Sim di Sandakan, namun perlu diingat bahawa sampah-sarap berkenaan tidak semestinya dibuang oleh penghuni di kawasan tersebut. Sampah-sarap tersebut adalah dihanyutkan ke kawasan tersebut dan apabila air surut, longgokan sampah akan tertinggal di tempat berkenaan.
Contohnya di Kampung Muhibbah, Batu 2½ tidak ada tong sampah yang disediakan oleh pihak MPS untuk penduduk kampung tersebut untuk membuang sampah sedangkan penduduk di kampung tersebut adalah padat dengan penduduk dan tidak dapat berbuat apa-apa selain membuangnya ke laut.
Salah seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Rudy, memberitahu bahawa tidak ada tong sampah yang disediakan oleh pihak MPS bagi memudahkan mereka untuk membuang sampah-sarap.
Semasa Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Hajiji Haji Noor merasmikan Pelancaran ‘State Level Anti-litterbug Campaign’ pada 6 Disember 2010, beliau memberitahu bahawa setiap pesalah yang membuang sampah di merata-rata tempat boleh dikenakan denda sehingga maksimum RM500.
Namun yang demikian, adakah beliau sedar bahawa selain sikap masyarakat yang suka membuang sampah-sarap secara tidak beretika, punca lain adalah kemudahan tong sampah untuk mereka membuang sampah adalah amat kurang dan tidak terdapat satu biji tong sampah pun di dalam sesetengah kawasan.
Bagaimana pula penduduk di pulau-pulau? Adakah mereka disediakan tong sampah oleh MPS untuk penduduk berkenaan?
Pihak kerajaan yang telah membelanjakan duit yang banyak dalam menyedarkan orang ramai tentang kepentingan menjaga kebersihan persekitaran, tidak akan berjaya dengan sepenuhnya sekirannya punca permasalahan tersebut tidak diatasi.
Pihak ADUN dan Ahli Parlimen yang sering mengadakan gotong-royong yang kononnya untuk membersihkan kawasan tersebut, hanyalah menjadi bualan dan sindiran masyarakat kerana peruntukan ADUN dan Ahli Parlimen bolehlah digunakan untuk membeli tong sampah kepada penduduk di kawasan masing-masing.
Oleh yang demikian, pihak berkuasa tempatan tidak seharusnya mencari kesalahan orang lain dan pada masa yang sama tidak mencari punca sebenar bagaimana faktor membuang sampah-sarap terutamanya ke sungai dan laut yang dilakukan oleh pihak penduduk tidak diatasi.
Perlu ada persefahaman antara kerajaan tempatan dengan masyarakat selain bantuan yang harus dikeluarkan oleh pihak ADUN dan MP untuk kawasan masing-masing. Peruntukan ADUN Sabah yang telah ditambah kepada RM1.1 juta setiap ADUN Sabah mulai tahun 2011, sepatutnya tidak menjadi permasalahan kepada masyarakat dalam menikmati kehidupan yang sempurna dan bersih dari kotoran sampah.
Selasa, 28 Disember 2010
Bandar Terkotor Di Sabah?
Oleh: CHANG SHAK HUNG (sabahkini)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
12 ulasan:
masalah sampah perlulah diatasi dengan segera. ini bagi menjadikan bandar-bandar yang terbabit menjadi lebih bersih.
setiap individu juga perlulah mengamalkan sikap bertanggungjawab dengan tidak membuang sampah merata-rata. menjaga kebersihan adalah tanggungjawab bersama.
masalah sampah ini juga mungkin disebabkan tiada kemudahan tong sampah. kerajaan harus menyediakan kemudahan ini agar penduduk tidak lagi membuang sampah sewenang wenangnya.
penduduk semtempat juga harus bijak dalam menguruskan sampah2 mereka. jika tiada kemudahan tong sampah, apa salahnya mereka menyediakan satu tempat untuk longgokkan sampah daripada mereka membuang sampah merata rata.
sikap utamakan kebersihan harus diterapkan dlm diri.
Masih belum ada tempat pembuangan sampah yang sistematik kah? Bukankah Sandakan baru selesai pilihanraya? Mana wakil rakyat untuk membantu rakyat? Takkan hal ini tidak disedari padahal tinggal di Sandakan?
Rakyat juga sepatutnya jaga kebersihan. Jangan buang sampah merata-rata. Kalau bukan orang, siapa lagi yang melakukannya.
There must be lots of thing can be done to solve this matter. All are need to joining hands...
masalah ini adalah tanggungjawab bersama bukannya menyalahkan satu pihak. sekiranya berjuta tong sampah disediakan, tapi jika orang awam masih membuang sampah merata2, masalah ini tetap akan berlaku. bukan sahaja di Sandakan, malah mana2 kawasan yang telah disediakan tong sampah juga masih berhadapan dengan masalah sampah.
Necessary action should be taken to curb this matter. Find out why they dump the rubbish there, is it because there is no proper rubbish collecting area?
Ini bukan masalah pihak berkuasa itu saja. Malahan ini atas penggunaan rakyat terhadapa bahan buangan yang berlebihan. Seharusnya rakyat mengawal pembuangan sampah.
Semoga masalah bandar kotor ini dapat ditangani. Baru-baru ini Semporna dan sekarang ini pula Kudat. apa pun semoga dapat ditangani masalah ini.
Catat Ulasan