SABAH DAILY
Isu kesihatan mental adalah isu yang amat besar dihadapi negara kerana mengikut kajian 2010, tiga juta rakyat Malaysia mengalami gangguan mental,” Ketua Pengarah Institusi Kefahaman Islam Malasyia (Ikim), Datuk Nik Mustapha Nik Hassan(Nampaknya negara kita Malaysia memerlukan lebih banyak hospital khusus untuk merawat pesakit mental. 11.3 peratus rakyat Malaysia sakit mental, bermakna hampir 3.3 juta orang. 50,000 kes cuba bunuh diri setahun dengan hanya 233 pakar sakit jiwa seluruh Malaysia. Bacalah sendiri rintihan, penderitaan, kisah seorang ibu mempunyai anak yang menghidap sakit mental pada pautan berikut http://waghih.blogspot.com/2010/11/negara-amat-perlukan-lebih-banyak.html )
TIGA JUTA TERGANGGU MENTAL
KUALA LUMPUR: “Isu kesihatan mental adalah isu yang amat besar dihadapi negara kerana mengikut kajian 2010, tiga juta rakyat Malaysia mengalami gangguan mental,” Ketua Pengarah Institusi Kefahaman Islam Malasyia (Ikim), Datuk Nik Mustapha Nik Hassan
Beliau berkata, isu yang sering dipandang remeh oleh segelintir masyarakat itu perlu ditangani bagi meningkatkan mutu kesihatan rakyat, sekali gus membolehkan negara mencapai Wawasan 2020.
Berikutan masalah itu yang boleh mengugat negara, katanya, Pusat Perundingan dan Latihan Institut Kefahaman Islam Malaysia (PPLI) menganjurkan Bengkel Pengurusan Tekanan Mental (Stress).
“Bengkel ini bertujuan memberi kemahiran kepada peserta mengenal pasti dan menangani tekanan pada diri dan membantu mereka yang lain untuk mengurangkan tekanan yang dihadapi,” katanya pada sidang media selepas membentangkan modul bertajuk ‘Pandangan Hidup Islami Mencegah Tekanan Mental, di sini.
Menurutnya, bengkel yang dihadiri 150 orang terdiri wakil organisasi dan individu daripada pelbagai peringkat usia itu turut menerapkan aspek pencegahan gangguan mental dari perspektif Islam.
“Melalui bengkel ini, Ikim memainkan peranannya supaya masyarakat khususnya yang beragama Islam memahami apa yang dimaksudkan dengan tekanan mental dan bagaimana cara mengatasinya melalui perspektif Islam.
“Tekanan mental adalah gangguan terhasil daripada kesihatan yang terganggu dengan penghayatan dalam hidup Islam dapat mengurangkan tekanan dan mereka yang terlibat perlu mengambil langkah proaktif dengan menjaga kesihatan,” katanya.
Nik Mustapha berkata dalam usaha mengatasi gangguan mental di kalangan masyarakat, Ikim akan membangunkan modul yang dibentangkan dalam bengkel berkenaan untuk dikembangkan ke pasaran umum dan akan dibangunkan dalam bentuk pendekatan Islam sesuai dengan peranan yang dibawa Ikim.
“Sebelum ini, kita sudah menganjurkan seminar kesihatan mental yang hanya disampaikan secara teori, tetapi melalui modul yang dilahirkan pada waktu ini dapat menghasilkan gerak kerja untuk mengatasi masalah secara praktikal.
“Modul ini akan dikembangkan untuk dipasarkan ke seluruh negara sama ada untuk agensi mahupun individu yang memerlukan bagi mengurangkan gangguan mental di kalangan masyarakat dan bagaimana Islam memainkan peranan,” katanya.
http://www.hmetro.com.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan