Isnin, 15 November 2010

SABAH NEGERI TERMISKIN DI DUNIA?


Oleh: JACKSON LU

MASALAH BANJIR di kawasan Tenom dan Kemabong nampaknya tidak dapat dibendung lagi meskipun sebelum ini terdapat suara suara pemimpin BN yang berminat untuk mencari jalan penyelesaiannya supaya 3,000 penduduk yang tinggal di kawasan tebing kedua-dua batang sungai tidak akan terus terseksa oleh masalah banjir yang berlaku setiap tahun.

Malahan, Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Haji Aman sendiri pernah mengumumkan semasa lawatan beliau ke Beaufort sekitar tahun 2008 bahawa beliau telah menemui kaedah yang terbaik untuk mengatasi banjir dengan bantuan Konsultan dari luar Negara namun persoalannya bilakah cadangan itu diimplementasikan atau rakyat terpaksa mengharungi beberapa siri banjir lagi.

Rakyat sudah muak dengan karenah banjir yang telah banyak mengukir seribu janji termasuk cadangan mengorek dan mendalamkan sungai Padas dan Pegalan namun cadangan itu bagaikan tenggelam ke dasar sungai bersama lumpur mengharapkan ia akan timbul menjadi emas sebagai simbolik keyakinan namun harapan itu menjadi sia- sia belaka.

Daerah Tenom yang sudah kaku dan lesu dari aspek ekonominya kini sudah tidak punya apa apa untuk ditonjolkan lagi kerana pelancong asing sudah termaklum menerusi ICT yang mencatat pelbagai kemundurannya termasuk destinasi pelancongan dan pusat riadah yang tiada perubahan yang lebih sinonim dengan perkataan ‘statik’.

Sesiapa pun pelancong yang ingin menikmati suatu suasana kedamaian, keindahan alam semulajadi pasti memilih kategori itu sebagai keutamaan kunjungan mereka dan sudah tentulah daerah yang memiliki ciri ciri itu seperti kawasan pedalaman khususnya Tenom dan Kemabong sepatutnya lebih bersedia kearah itu untuk menyambut tetamu yang datangnya daripada luar.

Sebaliknya bukanlah membawa mereka (pelancong) meredah banjir yang berbau lumpur sambil dihiasai nyamuk dan agas disepanjang perjalanan. Manakala perjalanan keretapi kira-kira 40 minit ke Pangi-Rayoh untuk ke destinasi riadah ‘white water rafting’ selepas itu masing-masing mengalami sakit badan dan pinggang kerana landasan keretapi belum siap-siap selepas kerja-kerja menaiktaraf yang kini sudah memakan masa lebih tiga tahun. Di manakah letaknya NKRA dalam soal itu?

Mungkin juga ada kebenaran laporan sebuah media yang memaparkan kononnya Sabah salah sebuah negeri yang termiskin di dunia berdasarkan fakta sebenar sepertimana apa yang berlaku di Tenom dan Kemabong setakat ini. Agak bernasib baik jika pelapor media itu sekadar melakukan andaian mengikut pandangan mata dan bukan melakukan ‘research’ secara total yang benar-benar mengesahkan kedudukan yang sebenarnya.

Siapa yang harus dipersalahkan? Tepuk dada tanya selera! Pemimpin, Kerajaan dan Rakyat mempunyai tanggungjawab bersama dalam menentukan mundur atau majunya sesebuah kerajaan yang disokong dan dimandatkan Rakyat menerusi proses Demokrasi.

36 ulasan:

Hosie Masie berkata...

Sabah negeri termiskin di Dunia??adakah orang yang menyatakan ini mempunyai maklumat Dunia??Sabah boleh lagi dikatakan sebagai negeri yang boleh makan nasi. Tengok Bosnia??itu baru dikatakan termiskin. Tapi di Sabah kita tengok sendiri penduduk yang aman damai, boleh lagi makan nasi. Politik memang sengaja membuat semua masalah ini.

Hamdan Hadillah berkata...

Harap masalah banjir ini akan dapat di selesaikan di Tenom. Jangan biarkan pembangkang menjadikan ini senjata mereka untuk melemahkan kerajaan. Kita mengharapkan kerajaan ambil tindakkan secepat mungkin.

nickko berkata...

jadi mana2 kawasan yang dilanda banjir merupakan negeri termiskin di dunia..

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan negeri jangan biarkan rakyat tertunggu-tunggu dengan semua ini. Mereka menunggu bilakah penyelesaian akan dapat ditangani oleh orang mereka harapkan itu. Fikiran rakyat boleh berubah jadi jangan sampai perkara ini berlaku.

nickko berkata...

sebelum ini terdapat juga kawasan yang sering dilanda banjir dan kerajaan telah berusaha membaik pulih sistem saliran, sungai dan semua faktor yang menjadi penyebab kepada banjir. tetapi bila berlaku hujan lebat yang luar biasa, kawasan tersebut tetap dilanda banjir. jadi dalam hal ini siapa yang perlu disalahkan? hujan atau kerajaan yang telah pun berusaha dan bertungkus lumus memperbaiki kelemahan??

mandau berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
mandau berkata...

Sabah tidak miskini sangat, penduduk Sabah masih lagi dpt makan makanan yang sedap dan tempat tinggal yang selesa. bagi masalah banjir di Tenom, kerajaan kena mengambil langkah bagi mengatasi masalah ini.

madd berkata...

Banjir adalah fenomena yang sukar untuk dielakkan. pihak yang bertanggungjawab sentiasa berusaha untuk mencari penyelesaiannya.

madd berkata...

saya tidak percaya Sabah merupakan negeri termiskin di dunia. rakyat Sabah masih lagi boleh hidup dalam keadaan baik.

Unknown berkata...

Tidak mungkin Sabah negeri termiskin di dunia. Mana buktinya? Kalau termiskin di Malaysia baru logik.

Antanum berkata...

Sepatutnya janji2 tersebut ditunaikan. Lihat la apa yang berlaku. Banjir tidak pernah pupus dari perbualan rakyat. Seharusnya percepatlkan kerja2 yang telah dijanjikan agar tidak ada lagi siri banjir yang akan menimpa kawasan tersebut.

Anak Sabah berkata...

Tak mungkin negeri Sabah termiskin di Dunia. Sekurang-kurangnya kita masih mampu membuat aktiviti penanaman dan juga sektor pelancongan kita baik. Ada negara yang jauh lebih teruk berbanding kita. Mungkin kita negeri yang termiskin di Malaysia, tapi kita bukan negeri termiskin di dunia.

Anak Sabah berkata...

Saya hanya akan percaya sekiranya berdasarkan bukti dan penyelidikan yang membandingkan Sabah dengan negara miskin di seluruh dunia.

onong berkata...

Saya ingatkan Afrika Utara?

Tanpa Nama berkata...

Sabah takkan maju jika penduduknya tidak berusaha untuk merubah hiduo mereka. kita semua harus bekerjasama dan berusaha untuk membangunkan negeri kita agar tiada lagi kadar kemiskinan di negeri kita.

chimchim berkata...

It's totally disheartened me. Sabah is a great place with serene pace. Yet we are being the last in the world. Come on, this ain't a joke.

samm berkata...

mustahil Sabah merupakan negeri termiskin di dunia. keadaan di Sabah masih lagi baik.

nickko berkata...

kalau kita lihat tajuk, amat tidak sesuai untuk mengambarkan realiti sebenar di Sabah. seolah2 di Sabah sering berlaku kebuluran, penyakit berjangkit, tiada rumah etc.. kenapa isu ini perlu disensasikan sehingga dunia menjadi ukuran tahap kemiskinan di Sabah?

Velove berkata...

Apa dah jadi dengan Sabah ini?

Tanpa Nama berkata...

termiskin di dunia?? ya kah?

Tanpa Nama berkata...

bank dunia baru2 menyatakan bahawa sabah negeri termiskin di dunia berdasarkan kepada pendapatan penduduk dan kadar pendapatan..namun adakah kajian tersebut hanya kepada orang sabah sahaja atau termasuk dengan PATI, IMM13 dan sebagainya? oleh itu andaian sabah sebagai negeri termiskin di dunia adalah rambang..

Tanpa Nama berkata...

namun begitu, diharap dapatan kajian bank dunia ini akan dapat membuka mata para pemimpin akan betapa seriusnya isu kemiskinan di sabah..

Tanpa Nama berkata...

diharap isu kemiskinan di sabah akan diatasi dengan cara yang lebih berkesan..

Tanpa Nama berkata...

praktikkan 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'...isu2 seperti ini yang harus diselesaikan oleh BN sebelum mengadakan PRU13..

gambir berkata...

memang betul Sabah negeri termiskin di Malaysia....sila layari web di bawah

http://www.malaysianmirror.com/media-buzz-detail/138-sabah/50474-world-bank-confirms-sabah-is-malaysias-poorest-state

gambir berkata...

kemiskinan di Sabah tidak dinafikan dan laporan bank dunia menyatakan Sabah akan terus miskin sehingga beberapa lama. Sabah sebenarnya mempunyai populasi penduduk 10% negara Malaysia tetapi sebanyak 40% penduduk di bawah garis kemiskinan. bangsa rungus, kadazandusun, sungai dan suluk adalah antara warga termiskin di Sabah...

gambir berkata...

yang saya pelik, Sabah adalah negeri yang mempunyai kos hidup tertinggi di Malaysia. Rumah, barangan keperluan dan kereta yang paling mahal....tetapi merupakan negeri termiskin? ia adalah berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Bank Dunia..

gambir berkata...

sudah wajar Sabah patut diberi perhatian. para pemimpin Sabah harus jangan bercakap kosong sahaja tetapi berganding bahu membawa Sabah keluar dari kancah kemiskinan...

gambir berkata...

Apa penjelasan UPEN tentang kenyataan yang dikeluarkan oleh World Bank?

Paquin berkata...

Aaahh, telampau juga la bah kalau termiskin di dunia..

Paquin berkata...

Biasalah tu Hanafis... Semua perkara pun nak dipolitikkan, tu la pasal semua hal pun jadi masalah!!! huhuhu

Paquin berkata...

Betul mandau. Jangan terlalu burukkan keadaan negeri Sabah sehingga dikatakan termiskin di dunia... Telampau la bah juga. huhuhu

Paquin berkata...

Setuju supra . Semua pihak harus bekerjasama utk pastikan sabah bebas daripada jolokan negeri termiskin!

Paquin berkata...

Soal banjir ni pula, harap2 pihak yang berkaitan beri perhatian sewajarnya!

Ezef berkata...

We might be the poorest state in the country but not in the whole world.

Velove berkata...

Maka Sabah harus merubah cara pemikirannya.