Selasa, 23 November 2010

'Rubbish' kecohkan DUN Sabah

BERNAMA

Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ditangguh selama 23 minit hari ini selepas kekecohan berlaku melibatkan seorang anggota pembangkang dengan beberapa penyokong kerajaan.

Keadaan itu tercetus selepas Jimmy Wong Sze Phin (DAP-Sri Tanjong) didakwa mengatakan peraturan dewan sebagai "rubbish" (karut) ketika membahaskan Bajet Negeri 2011.

Kenyataan Wong bahawa kemenangan Barisan Nasional dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Batu Sapi baru-baru ini sebagai bukan satu kemenangan cemerlang telah mendorong Datuk Ramlee Marhaban (BN-Bugaya) meminta wakil pembangkang itu memberi penjelasan.

Kemudian, Datuk Saddi Abdul Rahman (BN-Sukau) pula bangun untuk menyatakan kenyataan Wong itu seolah-olah mendakwa kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman pada pilihan raya kecil itu sebagai tidak baik.

Selepas beberapa perbalahan dengan beberapa anggota BN lain, Timbalan Ketua Menteri Datuk Yahya Hussin meminta Timbalan Speaker Datuk Johnny Mositun supaya tidak memberi peluang kepada Wong untuk meneruskan perbahasan.

Mositun kemudian menangguhkan persidangan.

Apabila dewan bersidang semula, Speaker Datuk Juhar Mahiruddin mengambil alih dan memberi peluang kepada Wong untuk meneruskan perbahasannya selepas anggota pembangkang itu menarik balik perkataan "rubbish".

Juhar juga meminta Ramlee menarik balik perkataan "bukan manusia' yang dilemparkan terhadap Wong selepas dibangkitkan oleh Melanie Chia (SAPP-Luyang).

Bagaimanapun, Ramlee menafikan dakwaan itu dan Juhar mengarah agar Hansard dirujuk sekiranya dakwaan itu benar dan memberi peluang kepada Ramlee untuk menarik balik kenyataan itu esok.


38 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dalam persidangan pun nak buat kecoh. tak bolehkah mereka bersidang dgn aman.

samm berkata...

harap kekecohan seperti ini tidak berlaku lagi pada masa akan datang. biarlah persidangan berlangsung dengan tenang.

Anak Sabah berkata...

Adakah wakil DAP ini betul-betul berminat membangkitkan suara hati rakyat ataupun semata-matanya mahu membuat kecoh di DUN Sabah?

Anak Sabah berkata...

Mengapa tidak boleh duduk berbincang secara aman? Masa dibazirkan dalam kekecohan, bila barulah ada masa untuk membincangkan masalah yang dihadapi rakyat?

Leo berkata...

Buat apa nak buat kecoh dalam persidangan. Daripada membuat kecoh, adalah lebih baik menghabiskan persidangan tersebut dengan aman. Tiada manfaat dapat diperolehi dari kekecohan.

Leo berkata...

Diharapkan tiada lagi perkara seperti ini berlaku. Mungkin adalah lebih baik kalau ada peraturan ditetapkan untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku lagi.

Tanpa Nama berkata...

walaupun mereka2 ini terdiri dari kalangan yang berpendidikan tinggi, tetapi sering kita dihiburkan dengan sikap tidak profesional mereka terutamanya bila berdebat.. mungkin rakyat dan negara lebih aman jika Malaysia tidak mengamalkan sistem dua parti(parti pemerintah dan pembangkang)..

Tanpa Nama berkata...

dalam mana2 persidangan, debat atau apa2 perjumpaan yang melibatkan dua atau lebih parti yang berlainan, tidak perlu mambawa bersama emosi.

langsat berkata...

Janganlah buat kecoh semasa persidangan. Apapun setiap yang dibentangkan dalam persidangan tersebut harus juga didengar dan menilai akan kebenarannya. ini mungkin hanya permainan PR sahaja.

elia berkata...

Sepatutnya beliau lebih matang dalam mengendalikan hal2 sebegini, tapi nampaknya itu memang sudah sikap semulajadi beliau. Tapi oleh kerana sikapnya ini telah memberi impak yang tidak baik kepada dewan!!! harus dihindari!

langsat berkata...

Perlu ada sikap profrsional dikalangan pemimpin dan jangan cepat melenting kerana ia mencerminkan sikap pemimpin itu sendiri.

langsat berkata...

Memang perlu ada rasa marah dan tidak puas hati tapi janganlah sampai kecoh dan menyebabkan persidangan terpaksa ditangguh untuk sementara.

langsat berkata...

Harap perkara sebegini tidak akan berlaku kerana ia hanya mencerminkan sikap para pemimpin dan menjejaskan imej m'sia.

mandau berkata...

setiap kali persidangan pasti akan timbul kekecohan. para pemimpin seharusnya lebih bersikap rasional. tk perlu nak buat kecoh.

amy berkata...

Salahkan Wong, salahkan Ramlee juga. Sungguh tidak professional.

onong berkata...

Ingatlah, DUN adalah untuk perbincangan dan bukan pergaduhan.

langsat berkata...

Memang Wong patut dipersalahkan tapi dalam situasi sebegini bertindaklah cara baik dan profesional.

Tanpa Nama berkata...

matanglah sikit....

Tanpa Nama berkata...

ketepikan isu peribadi dalam dewan persidangan..DUN bukannya tempat untuk membawa dan membincangkan isu2 peribadi tetapi isu2 rakyat..

Tanpa Nama berkata...

apakah wakil2 rakyat DUN tidak berminat dengan isu rakyat? tidak perlu beremosi dalam DUN..

Tanpa Nama berkata...

diharap ahli2 DUN akan lebih profesional dan matang..

Paquin berkata...

kadang2 perangai dorang ni mcm kanak2 pula:P hehe

Paquin berkata...

Entahlah ferlo... Saya sendiri pun hairan, kenapalah mahu buat kecoh.. Bukankah lebih baik jika bersidang secara aman.. hmmm..

Paquin berkata...

setuju Jonny. Kalau asyik bertekak, entah bilalah baru masalh rakyat dapat difokuskan. hhuhu

Paquin berkata...

Ya langsat. hal sebegini patut dielakkan daripada berlaku. Nanti apa pula pandang orang luar terhadapa pemimpin di Malaysia.

Paquin berkata...

Semoga para pemimpin akan lebih matang dalam segala tindak tanduk mereka.

Hosie Masie berkata...

Harapan kita DUN ini berjalan dengan lancar. Perbincangan harus dengan ketenangan dan bukan kekecohan.

Hamdan Hadillah berkata...

Sebagai seorang yang profesional, shearusnya lebih tahu perbincangan dengan cara yang tenang. Jangan terlalu agresif dengan kenyataan yang diberikan. Elakkanlah kekecohan dalam pembentangan bajet 2011 ini.

kb girl berkata...

Ini dewan untuk membahaskan semua isu berkaitan dengan kepentingan negeri dan rakyat.

Unknown berkata...

Berbahaslah secara sopan dengan faktar yang kuat untuk menyokong kenyataan tang dibuat di dewan, jangan berlagak macam samseng.

Unknown berkata...

Ini adalah keadaan yang baik dan boleh diterima. Sekurang-kurangnya ada bunyi bantahan dalam dewan.

Unknown berkata...

Barulah macam dewan untuk membahas. Kalau kita ada yb macam Kapal Singh atau Anwar atau Lim K Siang, lagi siok.

captain berkata...

DUN Sabah kekurangan pembangkang.

Unknown berkata...

Ini pekara biasa. Jka tiada perbahasan yang hebat, tidak macam dewan undangan lah.

chimchim berkata...

Jimmy Wong is the most prominent ' bombarder ' in the cabinet.

Velove berkata...

Hari ini mereka akan menggulungkan usul yang terakhir. Harap segalanya akan berjalan dengan lancar.

Ezef berkata...

ADUNS, please get back to your topic please.

chimchim berkata...

Gosh, they should focus on the issues and not wasting the time for ' rubbish ' statement.