KUALA LUMPUR: Akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini kembali diterbitkan dengan nama Warta Keadilan setelah permit penerbitannya ditarik balik akhir Jun lalu.
Menurut ketua editornya, Fazallah Pit, terbitan pertama Warta Keadilan sebnayak 32 muka surat berada di pasaran di seluruh negeri bermula hari ini.
Isu utama untuk terbitan pertama ini mengenai perbicaraan kes liwat dan pemiliahan PKR.
"Ahli PKR boleh mendapatkan akhbar ini di pasaran bermula hari ini," kata beliau kepada Harakahdaily.
Warta Keadilan masih mengekalkan harga lama iaitu RM2 senaskhah.
Beliau juga berkata, penerbitan Watra Keadilan adalah secara tidak berkala, iaitu mengikut keperluan semasa.
"Warta Keadilan diterbitkan secara tidak berkala. Kita akan tengok situasi dan bergantung kepada isu," katanya.
Bagaimanapun ujarnya, PKR masih berusaha untuk mendapatkan kembali permit penerbitan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN).
KDN tidak memperbaharui permit Suara Keadilan sejak 30 Jun lalu setelah akhbar berkenaan menerbitkan artikel bertajuk "Felda Bangkrap".
Sebelum ini Suara Keadilan diterbitkan dengan nama Keadilan dan Utusan Keadilan serta Sinar Keadilan.
Aktivis Hishamuddin Rais turut menjadi salah seorang kolumnis dalam terbitan terbaru ini. |
16 ulasan:
harap Warta Keadilan ini tidak menyiarkan berita2 yang tidak benar seperti dilakukan oleh Suara Keadilan sebelum ini.
pastikan warta keadilan ini memaparkan berita yang benar dan tepat sahaja.
Apa pun janganlah melanggar akta penerbitan lagi.
warta keadilan perlu mengikuti setiap peraturan. maklumat yang disiarkan perlulah tepat.
yang penting tidak ada pembohongan, fitnah, memecah belahkan rakyat atau yang seangkatan dengannya dalam akhbar PKR.
selagi belum bergelar parti pemerintah, selagi itu jangan sesekali melanggar etika atau peraturan yang telah disediakan oleh kerajaan sekarang.. atau secara ringkasnya jangan bertindak melebihi kerajaan..
Baguslah tue, akhbar PKR dah kini kembali.
Yang penting, jangan menlanggar akta penerbitan lagi. Sila paparkan berita yang benar.
Baguslah kalau begitu. Semoga semuanya berjalan baik.
Apa yang penting ceritakan tentang kebaikkan yang telah dilakukan oleh PKR...
kebebasan bersuara harus dipertahankan. Tiada sebab utusan malaysia yang selalu mempermainkan isu perkauman tidak ditutup tetapi menghalang akbar lain demi agenda politik.
Nama senang ditukar tetapi trend isi kandungnya tetap sama.
Jka sekali lagi Warta Keadilan diharamkan, apa nama yang akan digantikan?
Warta Keadilan hanya boleh dibeli ahli PKR?
Lama kelamaan, semua parti politik mempunyai akbar parti masing-masing.
Inilah satu-satu cara PKR menyebarkan peristiwa terkini kepada ahli serta pembaca yang berminat.
Catat Ulasan