Nazri Abdullah |
KUALA LUMPUR: Kerajaan bakal menanggung kerugian RM83.45 juta dan tanah seluas 20 ekar dalam skandal terbaru PKFZ 'dalam pembikinan'. Ianya merujuk kepada projek usahasama Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dengan Bindforce Sdn Bhd, bagi menubuhkan Malaysian International Tuna Port Sdn Bhd (MITP) yang bernilai RM243.38 juta. Perkara itu didedahkan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkefly Ahmad pada sidang media di parlimen hari ini merujuk kepada laporan Ketua Audit Negara. "Saya bangkitkan perkara ini kerana inilah projek yang dikatakan projek usahasama swasta, tetapi kerajaan menggung kerugian akibat 'etter of undertaking," katanya yang juga AJK PAS Pusat. Bindforce memegang ekuiti 60 peratus bernilai RM29.05 juta manakala LKIM memegang 40 peratus dengan nilai RM11.62 juta. Ianya akan dibangunkan atas tanah seluas 20 ekar yang diberi sewa oleh LKIM dengan perjanjian konsesi swasta secara Bina Operasi Pindah (BOT) selama 30 tahun yang dibuat pada 16 September 2004. Kos pembinaan dibiayai oleh MITP melalui pinjaman RM240 juta dalam bentuk bon dari OSK Investment Bank Berhad dan RHB Investment Bank Berhad. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) pula didakwa mengeluarkan surat sokongan kepada OSK Trustee Berhad pada 15 September. OSK Trustee pada 6 Januari 2010 kemudiannya didakwa mengisytiharkan 'event of defefault' terhadap MITP. LKIM sebelum itu mengeluarkan Letter of Undertaking menyatakan perjanjian akan dikuatkuasa jika terdapat event of default di pihak MITP. Sehubungan itu, OSK juga turut menuntut sejumlah RM208.62 juta termasuk faedah. Dengan milikan 40 peratus ekuiti, kerajaan terpaksa menanggung RM83.45 juta dari tuntutan OSK tersebut. "Tanggungan pinjaman bon RM83.45 juta, surat sokongan merupakan liabiliti kepada kerajaan pusat, dan tanah 20 ekar LKIM tidak dapat dituntut semula kerana dicagar MITP dan kini MITP tidak aktif," katanya. Tindakan tersebut juga jelasnya menjadi off balance sheet bajet kerajaan dan dalam masa sama melebarkan lagi defisit fizikal negara. "Berapa banyak projek ETP dan RMK serta Bajet 2011 yang akan diberi jaminan undertaking oleh kerajaan pusat atas nama inisiatif Public Private Partnership?” soalnya. |
Selasa, 2 November 2010
MITP: Kerajaan bakal rugi RM83.45 juta
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan