Isnin, 15 November 2010

Larang media bohong dan fitnah- Mahfuz

Mohd Shubihi Muhamad Zain
ALOR SETAR: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mempertahan tindakan kerajaan Kedah tidak membenarkan beberapa media Umno membuat liputan perjalanan Sidang Bajet 2011 Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah yang bermula hari ini.

Menurutnya, tindakan tersebut bukan bermakna kerajaan negeri tidak mendokong kebebasan media namun sebagai pengajaran kepada mereka yang melakukan pembohongan dan fitnah terhadap kerajaan negeri seperti yang terjadi dalam isu banjir baru-baru ini.

"Media arus perdana ini sudah menyalahgunakan kebebasan mereka melakukan pembohongan dan fitnah atas nama kebebasan, yang kita nak adalah media yang melaporkan apa yang betul, adil, tidak menyebelahi mana-mana pihak dan tidak ada tujuan politik disebaliknya.

"Kebebasan media tidak mengizinkan pembohongan, kebebasan media juga tidak mengizinkan fitnah, adalah wajar kerajaan negeri mengambil tindakan sedemikian terhadap media yang tidak faham apa erti kebebasan media dan media menyalahgunakan kebebasan itu," katanya yang juga Naib Presiden PAS.

Ketika ditanya media berkaitan usul untuk membenarkan media-media terlibat membuat liputan sidang belanjawan itu oleh Adun-adun Barisan Nasional, beliau berkata, mereka berhak berbuat demikian mengikut peruntukkan sistem demokrasi yang diamalkan kerajaan negeri itu.

"Terpulang kepada mereka kerana itu adalah hak mereka, dan terpulang pula kepada Speaker untuk menentukan samada menerima atau menolak usul itu kerana dia merupakan orang yang berkuasa ke atas perjalanan sidang dewan itu," katanya.

Beliau mengulas beberapa organisasi media, dilarang memasuki DUN Kedah bagi membuat liputan sesi belanjawannya yang bermula pagi ini.

Menurut Muhamad Helmi Mohamad Khalid, setiausaha akhbar kepada menteri besar, larangan itu dibuat ekoran laporan negatif media terhadap banjir yang melanda negeri itu baru-baru ini.

Hanya pemberita daripada The Star, Harakah, Sinar Harian, Makkal Osai, Malaysian Namban, Sin Chew, Kwong Wah, China Press, Nanyang Siang Pau, Guang Ming dan agensi berita Bernama dibenarkan membuat liputan untuk perbahasan belanjawan selama tiga hari itu.

19 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tidak ada bohong dan fitnah dalam media umno. berkenaan dengan isu banjir, rakyat sendiri yang buat kenyataan bahawa PAS tidak bersungguh2 membantu mangsa, sekadar melawat sekejap dan mendidikan kemah sahaja. malah MB Kedah Azizan tidak mampu menjawab soalan wartawan berkenaan dengan isu banjir.. ini membuktikan mereka tidak melakukan apa2..

Tanpa Nama berkata...

jika PAS sendiri melarang media umno, lain kali jangan mendabik dada memperjuangkan kebebasan media di Malaysia. belumpun membentuk kerajaan, sudah menyekat itu ini. walau apa cara sekalipun PAS mempertahankan pendirian mereka, kesimpulannya PR juga tidak mengamalkan kebebasan media..

joey berkata...

mereka kononnya menyokong kebebasan media tapi, bila dikritik mereka mengambil tindakan dengan tidak membenarkan beberapa media membuat liputan perjalanan Sidang Bajet 2011 Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.

joey berkata...

sepatutnya setiap kritikan yang dilakukan oleh media dijawab secara profesional atau memberikan penjelasan dan bukannya menyekat media daripada melakukan liputan.

Tanpa Nama berkata...

melarang media membuat liputan menunjukkan bahwa PAS yang sebenarnya menyekat kebebasan media.

Hosie Masie berkata...

Mana kata-kata anwar sebelum ini yang dahulu menyatakan bahawa media adalah Bebas jika pembangkang yang memerintah. Tapi kita tengok sendiri di Kedah. Media dilarang oleh pemimpin kedah. Inikah yang PKR cakap, memang cakap tidak serupa bikin betul orang Anuwar. Dulu memang kata-kata adalah manis tapi lepas menang semua tinggal begitu sahaja. Kita memang sudah jangka perkara sebegini akan berlaku. Memang PKR/PR tidak layak memimpin Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

nampaknya PAS hanya pakar dalam memberikan janji2 yang bersifat retorik..

Tanpa Nama berkata...

mungkin manifesto pilihanraya PAS di kedah hanya retorik semata-mata..yang penting menjadi kerajaan negeri..yang lain tidak perlu..itulah pendirian PAS..

Tanpa Nama berkata...

diharap rakyat akan mengambil iktibar dari perkara ini..PR cakap tak serupa bikin..buktinya PAS di kedah yang menyekat kebebasan media.

elia berkata...

Mana2 media yang berbohong harus bertanggungjawab atas pembohongan itu!

kb girl berkata...

Media sepatutnya liberal dan membekalkan maklumat yang benar dan tidak berbelah bagi.
Surat khabar yang mengizinkan pihak tertentu memperalatkan ruangnya mamainkan isu, memutar-belitkan hal sebenar dengan niat yang jahat patut dikutuk.

Unknown berkata...

Adakah ini tindakan wajar? Menghalang media dari membuat liputan?

Unknown berkata...

Ini bukan cara yang sesuai. Dakwa media yang dikatakan bohong dan fitnah ke mahkamah, biar mahkamah yang memutuskan.

Unknown berkata...

Cara paling baik ialah mengantungkan lesen media tersebut. Tetapi tidak mungkin kerana itu kuasa kerajaan pusat.

captain berkata...

Tindakan pilihkasih kerajaan pusat telah memaksa kerajaan Negeri Kedah berbuat demikian.

Unknown berkata...

Alasan yang anih. Tindakan ini mencetuskan spekulasi bahawa PR cuma membenarkan media yang pro mereka membuat liputan.

Unknown berkata...

Media tidak harus bohong dan fitnah dalam membuat laporan kerana ia boleh menyebabkan kekecohan berlaku dalam negeri.

Anak Sabah berkata...

Ya, tak baik media menyalurkan maklumat yang tidak tepat ataupun berunsur fitnah. Tanggungjawab media adalah untuk memastikan pembaca mendapatkan ilmu yang betul dan berasaskan fakta dan bukti.

Anak Sabah berkata...

Kuasa media adalah kuat, tapi pembaca juga perlu pandai menilai sendiri apa yang dibaca.