Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim berpandangan usaha BN menarik sokongan rakyat dengan menukar lambang dacing akan menjadi sia-sia selagi pemimpinnya di tahap dan takuk yang lama. Katanya, pelbagai lagi senarai panjang penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa membuktikan pemimpin BN bukan seperti dacing. “Pempin BN dilihat seperti dacing senget sebelah, mengamal sikap pilih kasih dalam agih projek, rasis, kronisme, mengamalkan dasar yang menzalami rakyat,” ujarnya yang juga Adun Titi Serong. Sebenarnya, kata beliau pemimpin BN kena faham bahawa rakyat menolak BN bukan kerana logo dacing tetapi rakyat menolaknya disebabkan perangai mereka idak seperti dacing. “Entah apa pula lambang baru BN, dah banyak hari fikir tak ada idea nak berikan. Kalau gambar kapal bocor nak tenggelam, senget sebelah OK juga,” tulisnya dalam laman twitter. Menurutnya, tidak pernah terbayang BN boleh berhasrat menukar lambang dacing tetapi mungkin berbuat demikian kerana nasihat Apco Yahudi. Namun, ujarnya harus diingat tidak selamanya BN dan Umno boleh berjaya dengan kerja jahat mereka. Justeru, katanya Pilihan Raya Umum ke-13 nanti adalah peluang terbaik rakyat untuk menghukum BN. Menurutnya, sejak lebih 50 tahun BN dan Umno bertahan menggunakan taktik kotor dengan propaganda media memburukkan lawan dan menyolek diri sendiri kononnya semuanya baik. “Umno guna Apco Yahudi untuk jadi penasihat sedangkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng guna nasihat beberapa orang pimpinan PAS untuk bercakap Islam, siapa lebih baik,” ujarnya yang juga Pengerusi Sekretariat Pakatan Rakyat Perak. |
Khamis, 25 November 2010
Kapal bocor, senget sesuai lambang baru BN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
20 ulasan:
Setakat menukar lambang dacing sahaja tidak akan dapat menarik sokongan rakyat. Pemimpin BN harus melaksanakan tanggungjawab mereka untuk menolong rakyat. Janji2x yang diberikan kepada rakyat harus ditunaikan.
inikah sikap PAS??? sampaikan lambang baru BN pun mahu dikutuk.
tidak perlulah menuduh BN mengamal sikap pilih kasih dalam agih projek, rasis, kronisme, mengamalkan dasar yang menzalami rakyat. bukankah lebih baik jika PAS berusaha memberikan idea bagaimana untuk membangunkan rakyat dan negara.
pertukaran loga BN juga akan turut merubah kepimpinan BN kepada yang lebih baik.
Apapun yang dilakukan oleh BN pihak pembangkan sentiasa mengkritik dan mengutuk..adakah tindakan ini memberi manfaat kepada mereka atau sebaliknya? janganlah menambah keadaan bertambah teruk sebaliknya memberi idea-idea yang bernas.
Kenyataan yang diberikan ini adalah tidak benar. Mana ada pemimpin BN mengamalkan sikap pilih kasih, rasis, kronisme atau menzalimi rakyat. Kalau berpolitik sekalipun biarlah bertempat kerana rakyat juga mengatahui perkara sebenarnya.
Biarlah BN buat apa yang mereka mahu. PAS punya bendera pula apa cerita?hijau putih..itu sajakah??nasib bukan putih merah. Macam bendera jepun pula sudah PAS.
"Menurutnya, tidak pernah terbayang BN boleh berhasrat menukar lambang dacing tetapi mungkin berbuat demikian kerana nasihat Apco Yahudi."
lihatlah bagaimana PAS yang kononnya bersih tapi sering menabur fitnah dan pembohongan. bukankah ini bertentangan dengan ajaran Islam sebenar? adakah mereka ini hanya menggunakan nama Islam untuk memperjuangkan politik sempit mereka?
sekurang2 nya BN ada inisiatif untuk melakukan perubahan. PAS? bukan setakat luaran, malah dalaman pun tidak pernah berubah. mungkin PAS terdesak, tertekan dan terkentut bertubi2 setelah menyaksikan BN melakukan banyak perubahan berbanding dengan Pakatan yang semakin hilang arah..
mungkin pergolakan kritikal yang berlaku dalam PKR merupakan satu bentuk transformasi Pakatan untuk kekal sebagai pembangkang selama2nya..
Tuduhan penyelewengan kuasa pemimpin BN walau didedah tanpa bukti, kesan atau impak tetap jadi.
Pas ni kan mcm takda kerja selain mengutuk BN oo.. hairan!
Saya harap pas berhentilah mengkritik kerana ia kan memberi tanggapan -ve terhadap parti mereka.
BN kuat dan mantap kerana memegang segala sumber dari segi kewangan, media dll.
Lambang baru BN memang bagus tetapi dicaci oleh orang yang tidak senang hati dengan perubahan itu.
BN tidak seperti kapal bocor. BN masih mampu berlayar jauh.
Setuju kata Radzis, tidak guna sekadar ubah lambang sedangkan rakyat diabaikan.
Lambang baru BN cantik dan bermakna.
I hope the government will not only change the logo but also change their attitude.
Let's be a change for everyone's benefit. Don't go and torture people's reputation by saying stuff that are unreasonable.
Kenapa perlu sibuk tentang hal parti lain? mereka nak tukar itu ini biarkan lah... yang penting sibukkan diri anda dengan parti anda.
Catat Ulasan