KELAB GREENBOC
KUALA LUMPUR: Kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) disyaki bersubahat dengan sindiket penjualan bayi bagi memudahkan urusan pendaftaran bayi dan pengeluaran sijil kelahiran asli tanpa prosedur yang ketat.
Menurut sumber, selepas transaksi jual beli, pembeli dibawa oleh anggota sindiket atau kakitangan hospital ke pejabat JPN, manakala ‘kaki’ mereka di kalangan kakitangan jabatan sudah sedia menunggu untuk mendaftar dan pengeluaran sijil kelahiran lengkap dengan nama bayi menggunakan bin atau binti bagi pasangan Islam dan bapa serta ibu bagi yang bukan Islam.
Katanya, sejurus tiba di JPN, pembeli hanya perlu mengambil nombor giliran dan duduk di tempat menunggu sehingga dipanggil pegawai di jabatan pendaftaran.
“Dokumen yang perlu diserahkan ialah borang pendaftaran yang ditandatangani doktor hospital tempat bersalin, surat nikah asal dan salinannya, kad pengenalan serta rekod sejarah perubatan membuktikan ibu pernah menjalani rawatan di mana-mana hospital yang berkenaan. Tiada soalan rumit ditanya atau kadang-kadang tiada langsung soalan ditanya,” katanya.
Gambar: KAKITANGAN hospital swasta yang disyaki ahli sindiket penjualan bayi turut ditahan polis.
Selepas dokumen diteliti dan butiran kelahiran yang dicatat adalah betul, pembeli diminta menurunkan tandatangan sebagai pengesahan semua butiran adalah betul.
“Borang itu kemudian diserahkan kepada penyelia. Kira-kira 15 minit kemudian, pembeli akan dipanggil dan sekali lagi diminta meneliti butiran dicatatkan pada sijil kelahiran adalah tepat dan tandatangan diturunkan sekali lagi untuk melengkapkan pengeluaran sijil kelahiran,” katanya.
Sumber itu berkata, berdasarkan modus operandi yang dipercayai turut membabitkan kakitangan JPN, tidak sukar mendapatkan ‘bayi segera’ yang lengkap dengan sijil kelahiran lengkap dengan bin, binti atau nama pembeli sebagai bapa yang ‘sah’
INFO: Kes jualan bayi dibongkar
* 12 Julai 2010: Polis Sarawak menyelamatkan bayi perempuan berusia 23 hari yang cuba dijual wanita warga Indonesia pada harga RM10,000 kepada anggota polis yang menyamar pasangan suami isteri di Kuching dan membawa penangkapan pasangan ahli perniagaan terkemuka bergelar Datuk dan Datin dipercayai dalang sindiket.
* 2 Mei 2010: Seorang wanita ditahan dalam serbuan di pasar raya di Kepong, dekat ibu negara selepas cuba menjual bayi masih dalam kandungan warga Indonesia yang didakwa adik angkatnya.
* 15 Disember 2009: Tiga beranak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Klang atas tiga tuduhan memperdagang tiga bayi perempuan berumur sehari dilahirkan tiga warga asing di hospital swasta di Jalan Klang Lama.
* 11 Disember 2009: Polis menyelamatkan lima bayi berusia dua minggu hingga sembilan bulan dan seorang kanak-kanak berumur tiga tahun sebelum dijual sindiket pada harga antara RM15,000 hingga RM20,000 serta menahan 13 individu dalam serbuan di Klang dan Banting.
* 13 November 2008: Jabatan Imigresen menahan sembilan pendatang tanpa izin Indonesia di dua rumah di Pasir Gudang dipercayai terbabit menjual bayi, selain menemui dua bayi tiada ibu bapa, beberapa salinan MyKad, dokumen kelahiran klinik swasta dan borang daftar anak angkat.
* 14 Januari 2005: Polis menahan dua wanita dan pemandu teksi di pasar Gombak, Jalan Setapak ketika cuba menjual seorang bayi berusia 25 hari. -BH
2 ulasan:
Gua guarantee ini bukan kerja gila ahli pakatan rakyat. Kerja tahap ni selalu ade kat puak tu.
Biasalah lah tu....
Dia orang tolak tepi halal haram asalkan dapat bergaya dengan duit-duit tu.
Dah jadi darah daginglah katakan !
Catat Ulasan