KUALA LUMPUR: Gerakan Rakyat Malaysia Untuk Teoh Beng Hock hari ini mendakwa bahawa Senator Heng Seai Kie dari MCA merupakan saksi penderaan terhadap salah seorang ahlinya di Gua Musang pada 31 Oktober lalu.
Pada sidang media di sini, kumpulan itu berkata terdapat foto Heng menyaksikan penderaan terhadap Soh Cher Hai, abang ipar mendiang Teoh Beng Hock.
Menurut Penyelaras, Chong Kok Siong, pergelutan berlaku di antara Soh dan seorang pemimpin MCA, dikenalpasti sebagai pemimpin MCA Bahagian Gua Musang, apabila sekumpulan ahli cuba mendapatkan sokongan daripada Heng selepas perarakan MCA ketika kempen pilihan raya kecil DUN Galas baru-baru ini.
Chong juga menolak dakwaan Heng bahawa tidak ada sesiapa ditolak ke tanah dengan menyatakan ini bercanggah dengan foto yang didedahkan kepada pihak media.
"Foto 1 menunjukkan bagaimana insiden itu berlaku. Heng dengan jelas kelihatan di sebelah kanan kejadian itu dan beliau melihat segala-galanya," kata beliau.
Mendiang Soh ditolak jatuh ke tanah
Beliau juga mendakwa Soh ditolak jatuh ke tanah oleh pemimpin MCA Bahagian Gua Musang dan pembantu Heng cuba menghalang media dari mengambil foto.
"Apabila Cher Hai masih berada di atas tanah, Heng telah pun beredar dari situ (tanpa menolong kami). Apa yang dikatakannya adalah bohong. Malahan dua lelaki MCA yang berdiri bersebelahan kami tidak berbuat apa-apa (untuk membantu kami)," katanya.
Beliau menambah Soh menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemimpin Gua Musang itu.
"Heng juga harus bertanggungjawab terhadap keganasan dan kecederaan yang berlaku," katanya.
Heng, yang juga timbalan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat berkata, kumpulan itu yang melobi untuk mendapatkan sokongannya untuk penubuhan suruhanjaya diraja untuk menyiasat kematian Teoh sepatutnya membuat persediaan bertemunya di Kuala Lumpur.
Beliau juga menafikan bahawa beliau tidak memperdulikan kumpulan itu dengan menyatakan beliau bersedia bertemu mereka pada bila-bila masa di pejabatnya di Kuala Lumpur dan tidak semestinya di Galas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan