Ahad, 7 November 2010

Bot hilang, nasib 15 pelancong tidak diketahui

BERNAMA

KUALA TERENGGANU — Sebuah bot yang membawa 15 orang pelancong tempatan termasuk seorang kanak-kanak dikhuatiri hilang di perairan Pulau Tenggol di Dungun, semalam.

Ketua Polis Daerah Dungun Supt Dahlan Mohd Noor berkata, kejadian berlaku kira-kira 20 minit selepas bot yang membawa tujuh lelaki, tujuh wanita dan seorang kanak-kanak itu bertolak dari pulau itu pada pukul 6.30 petang selepas menyertai aktiviti skuba.

“Bot berkenaan terputus hubungan selepas 20 minit bertolak dari Pulau Tenggol.

“Setakat ini (malam tadi), kita masih belum mengetahui nasib kesemua 15 pelancong itu sama ada bot yang dinaiki itu karam ataupun berlindung di pulau-pulau kecil berhampiran,” katanya ketika dihubungi malam tadi.

Tiada ulasan: