Selasa, 16 November 2010

Awas! Minyak Dunia Habis 100 Tahun Lagi

FREE MALAYSIA TODAY

oilrig3WASHINGTON: Dunia akan kehabisan bahan bakar dalam 100 tahun lagi, sebelum sumber-sumber tenaga baru pengganti diperolehi. ‘Mimpi buruk’ itu akan menjadi kenyataan jika penggunaan minyak dan perkembangan bahan bakar baru hanya seperti sekarang ini.

Demikian hasil kajian dari para pengkaji dari University of California, Davis (UC-Davis) yang diterbitkan oleh Environmental Science and Technology seperti disiar AFP, hari ini.

Para pengkaji menggunakan harga saham terkini dari syarikat minyak dan syarikat bakan bakar alternatif untuk meramalkan bila bahan bakar pengganti akan siap untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan ketika bekalan minyak habis. Dan kajian itu menunjukkan tidak ada bekalan yang cukup.

Menurut kajian itu, jika bekalan minyak dunia sesuai anggaran tahun 2008 mencapai 1.332 triliun barel dan penggunaa bertahan pada 85.22 juta barel sehari dan tumbuh 1.3 peratus setahun, maka minyak akan habis pada 2041.

Namun dengan memasukkan harga saham terkini ke dalam persamaan yang kompleks, Profesor Teknik UC-Davis, Debbie Niemeier dan pengkaji Nataliya Malyshkina menghitung bahan bakar alternatif yang tersedia tidak akan cukup hingga pertengahan abad selanjutnya.

Para pengkaji menganalisa, harga saham 25 syarikat minyak yang terdaftar di bursa AS, Eropah dan Australia dan 44 syarikat energi alternatif yang mengeluarkan bahan bakar seperti ethanol atau biodiesel dan lain-lain.

Mereka menemukan bahawa pasaran atau total nilai keseluruhan saham dari syarikat minyak tradisional sangat jauh meninggalkan syarikat energi alternatif itu.

Hal tersebut mengindikasikan kepada mereka bahwa investor meyakini minyak akan tetap bagus dalam jangka pendek dan mengambil pangsa pasar yang lebih besar di pasar energi ketimbang energi alternatif.

"Untuk menetapkan waktu hingga fraksi minyak yang boleh digantikan oleh bahan bakar alternatif, kami menggunakan perhitungan harga yang lebih maju sehingga perbedaan antara kapitalisasi pasaran antara syarikat minyak tradisional dan syarkat energi alternatif boleh masuk akal," ujar Malyshkina.

Perhitungan mereka menunjukkan bahawa tidak akan ada pengganti bahan bakar berasakan minyak yang cukup banyak tersedia hingga tahun 2140. Jika menggunakan perhitungan optimistik minyak baru akan habis pada 2054, maka akan ada selisih sekitar 90 tahun, di mana akan sukar untuk mencari bahan bakar kenderaan.

Menurut Malyshkina, sekitar dua pertiga minyak mentah yang dikeluarkan menjadi bensin dan diesel digunakan untuk kenderaan.

Perhitungan pengkaji didasarkan pada teori bahawa pelaburan jangka panjang merupakan para peramal yang baik ketika teknologi baru menjadi hal yang biasa.

Namun demikian, kajian itu kemungkinan boleh sahaja tidak menjadi peringatan kemungkinan penggunaan minyak akan turun seiring banyaknya program-program penjimatan tenaga dan bekalan minyak baru akan meningkat.

Tiada ulasan: