Rabu, 10 Februari 2010

Google perkenal "Buzz" tandingi Facebook, Twitter

LAPORAN AFP


SAN FRANCISCO: Google kini memperkenalkan perkhidmatan emal percuma "Buzz", menjadi satu lagi rangkaian sosial yang bakal menandingi platform terkemuka Facebook dan Twitter.

Pengurus Produk Google Buzz, Todd Jackson menyifatkan penawaran platform baru itu sebagai "pembaharuan secara total dalam Gmail”.

Produk "Buzz" dilancarkan semalam di ibu pejabat Google di Mountain View, California.

Buzz bermula semalam dengan semua pengguna laman web emal Google - Gmail dihubungkan secara online dengan rakan mereka termasuk perkongsian maklumat terkini, video, gambar dan produk tambahan lain.

Langkah Google itu berikutan berdepan persaingan dengan rangkaian sosial lain seperti Facebook dan Twitter, yang membolehkan pelanggan berkongsi pengalaman, aktiviti dan pandangan mereka mengenai pelbagai perkara serta isu semasa. - AFP

Tiada ulasan: