Sabtu, 12 Mei 2018

PM arah laporan audit 1MDB digugur bawah OSA

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
PETALING JAYA: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengarahkan polis untuk tidak lagi meletakkan laporan audit 1MDB di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
 
"Mereka kemudian akan menghantar laporan itu kepada saya dan saya akan menelitinya," katanya pada sidang media di ibu pejabat PPBM di Petaling Jaya hari ini.
 
Laporan audit 1MDB itu dibentangkan Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara (PAC) di Parlimen pada Mac 2016.
 
Namun selepas itu ia diklasifikasikan sebagai dokumen rahsia rasmi di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) oleh Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang.
 
Tindakan itu diambil ekoran ada maklumat dalam Laporan Interim Terhadap Pengauditan 1MDB yang dibentangkan kepada PAC pada Julai lalu, dibocorkan pihak tidak bertanggungjawab secara berpilih bagi mencetuskan laporan negatif sehingga menjejaskan kredibiliti Jabatan Audit Negara dan Jawatankuasa.
 
Laporan itu juga tidak pernah dibahaskan di Parlimen.
 

Tiada ulasan: