Jumaat, 4 Mei 2018

Mat Sabu teruja naik jet peribadi dengan Dr M

 
Presiden Amanah itu mengakui berasa janggal menaiki jet peribadi sehingga tidak boleh tidur kerana terlalu teruja menaiki pesawat mewah itu.


Mat Sabu ketika berceramah di Kota Bharu menerusi siri jelajahnya di Kelantan selama 1 hari.


KOTA BHARU: Presiden Amanah Mohamad Sabu menceritakan pengalaman pertamanya menaiki jet peribadi bersama Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mohamad Sabu atau lebih dikenali Mat Sabu mengakui berasa janggal menaiki jet peribadi sehingga tidak boleh tidur kerana terlalu teruja menaiki pesawat mewah itu.

“Semalam saya naik jet dia (Dr Mahathir) sekali, daripada Subang pergi ke Kuantan, dia tidur saya tak tidur sebab nak tengok naik jet macam mana, kita tak pernah naik tak pernah tengok, bila jet naik 20 minit sahaja sampai Kuantan.

“Tun Dr Siti Hasmah Ali tidur, Tun Mahathir tidur, saya duduk tengok merata sepanjang penjalanan. Jadi benda macam ini kita tak boleh sangka,” katanya ketika berceramah di Dusun Raja Kota Bharu malam tadi yang dihadiri lebih 50 penyokong.

Naib presiden Pakatan Harapan (PH) itu juga berkata beliau tidak menyangka boleh bekerjasama Dr Mahathir yang merupakan musuhnya dahulu.

Katanya, keadaan itu berubah bila beliau bersama pimpinan PH dan Dr Mahathir bergandingan menentang Barisan Nasiobal (BN) pimpinan Datuk Seri Najib Razak.

“Kadang-kadang kita rasa putus asa (nak berjuang lawan BN) tapi bila datang nak menang ini mudah sahaja tuhan tentukan.

“Saya sendiri tak pernah sangka nak duduk sebelah Tun Mahathir sekarang, saya dengan Tun Mahathir macam tengah bercinta,” katanya.

Tiada ulasan: