Khamis, 8 September 2016

RoS lulus pendaftaran parti Tun M, dikenali PPBM

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Pendaftar Pertubuhan (RoS) hari ini meluluskan pendaftaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia sebagai parti politik dengan menggunakan akronim PPBM dan bukan BERSATU.
 
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang mengumumkan perkara itu berkata, parti itu bagaimanapun perlu mengemukakan peranan pengerusi dan presiden parti secara lebih terperinci kepada RoS secepat mungkin.
 
RoS juga kata beliau, telah meluluskan logo baharu parti tersebut mengikut permohonan yang dibuat.
 
“RoS meluluskan perkara tersebut termasuk akronim untuk parti adalah berdasarkan perlembagaan yang dikemukakan oleh parti berkenaan.
 
“Secara prinsip parti PPBM telah diluluskan tetapi mereka perlu mengemukakan lebih lanjut perbezaan tugas antara pengerusi dan presiden,” katanya selepas perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini.
 
Yang turut hadir, Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Alwi Ibrahim dan Ketua Pengarah RoS, Datuk Mohammad Razin Abdullah.
 
 

Tiada ulasan: