Ahad, 18 September 2016

Posting Tulang Besi Kurang Ajar !




tb


Posting aktivis PAN, Abdul Rahman Abdul Talib di atas berkenaan Allahyarham Datuk Dr Haron Din disifatkan kurang ajar kerana mengunkit perkara negatif individu yang telah meninggal dunia.


“Dia dah tak ada tak payah la kita ungkit. Ada masanya kita perlu buang baju politik yang kita pakai dan menghormati keadaan,” kata Wan Zamzahidi Wan Zahid.

Abdul Rahman yang lebih dikenali sebagai Tulang Besi menulis di Facebooknya dengan membuat pertanyaan adakah Allahyarham sebelum meninggal dunia sempat memohon maaf kepada Anwar Ibrahim di atas semua ‘pengkhianatan’ yang telah dilakukan terhadap Ketua Umum PKR itu.

Anwar yang masih hidup digambarkan Tulang Besi sebagai seorang yang ‘baik’, manakala Allahyarham pula digambarkan sebaliknya, namun aktivis PAN tidak menjelaskan dengan lebih lanjut pengkhianatan tersebut.

“Harun Din ni menyebabkan PR kalah PRU lepas. Dia bukan sorang je kena mintak maaf . Kena mintak maaf kat jutaan rakyat Malaysia,”kata Tulang Besi kepada rakannya, Zus Din.

Namun, jawapan Tulang Besi itu juga gagal merungkai tuduhan pengkhianatan yang dimaksudnya itu.

“Peguam Amerika datang percuma nak bela Anuar sebab dia nampak Anwar tak besalah. Tapi kita orang Islam bila saudara seislam dinaya cam tu. Orang Islam buat tak nampak. Dan ulamak agamawan tahu dan tahu tapi pejam mata.

“Kalau pun ulamak dunia No 1 bagi surat bebaskan Anwar. Orang Islam kat Malaysia tidor juga. Apa orang Islam di Malaysia mahu beri sokong lagi. Bila Allah hantar manusia yang iklas dari orang kafir untuk cari keadilan pada Anwar juga ulamak agamawan tak nampak.

“Jadi di manakah kedudukan agama Islam kita. Alquran dan Sunah kat mana.. kita biar saudara kita diaib. Sekarang Allah aibkan kita,” kata Mady Hamid yang dipercayai sealiran pemikiran dengan Tulang Besi.

“Al juburi.. kata Abg Mat Sabu dulu… dah mintak maaf ke belum.. rakyat Malaysia nak tau..,”bidas Kamal Firdaus.

Sebelum ini, Anwar dilaporkan Mynewshub hanya membuat kenyataan ringkas sejurus mendapat tahu Allahyarham telah meninggal dunia di sebuah hospital di Amerika Syarikat pagi semalam.

“Semoga Allah mengampun segala dosa Almarhum,”kata Anwar.

anwar
tb2




Tiada ulasan: