Isnin, 12 September 2016

Pastikan 90 peratus India sokong BN dalam PRU-14 - TPM

 
 
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi disambut meriah ketika hadir merasmikan Perhimpunan Agung Parti Makkal Sakti di Kuala Lumpur hari ini.
 
 
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi disambut meriah ketika hadir merasmikan Perhimpunan Agung Parti Makkal Sakti di Kuala Lumpur hari ini.
 
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta parti Makkal Sakti Malaysia (MMSP) dan parti-parti bersekutu India dalam komponen Barisan Nasional (BN) supaya lebih relevan dalam menyatukan komuniti India di negara ini.

Beliau turut menyatakan hasratnya yang mahu melihat Makkal Sakti dan parti komponen BN lain terus bersatu untuk memastikan 90 peratus pengundi India menyokong BN menjelang Pilihan Raya Umum ke-14.

"Setiap pemimpin ada cabarannya kerana putaran hayat, putaran politik yang dihadapi setiap lima tahun sekali agak mencabar ujiannya untuk kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri tetapi Najib dengan keikhlasan yang sentiasa mengambil berat tentang kebajikan semua bangsa termasuk kaum India membawa beberapa langkah penyelesaian masalah dalam bentuk transformasi.

"Ia berjaya menampakkan hasil menerusi inisiatif parti bersekutu BN termasuk Makkal Sakti mengembalikan pengundi India 65 peratus kepaada BN pada PRU13 dan dan PRK sebelum ini.

"Jika ia boleh dicapai saya mahu lihat lagi ia diterjemah kepada 90 peratus menjelang PRU-14 dengan semangat bersatu dalam BN khususnya Makkal Sakti perlu menyumbang BN bersatu dengan parti india dalam komponen BN demi menyatukan komuniti India," katanya.

Beliau berkata demikian pada ucapan merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan ke-8 Makkal Sakti yang turut dihadiri Setiausaha Agung BN dan UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di sini hari ini.

Dalam perhimpunan itu, Ahmad Zahid turut meluluskan permintaan sebuah bas untuk kemudahan parti itu dengan kelulusan kewangan BN dengan disertai tepukan gemuruh 2,212 perwakilan parti.

Beliau juga menggesa para pemimpin pati komponen supaya mengemaskini diri dengan pengetahuan ideologi politik yang lebih relevan untuk mengelak BN ketinggalan.

"Semai semangat kerjasama semasa komponen BN supaya melibatkan gandakan gerak kerja daripada sekarang untuk PRU akan datang," ujarnya.

Timbalan Presiden BN itu juga memuji kewujudan Makkal Sakti sebagai sebuah parti pada asasnya kini berjaya membuktikan peranan sebagai institusi sosial India sambil berharap lebih 200,000 ahlinya bekerjasama rapat dengan komponen BN demi pengukuhan parti peringkat nasional.

"Hanya BN yang relevan sentiasa dalam membela dan menyelesaikan kaum India dan bangsa majmuk secara umum demi kesejahteraan lebih cerah dan terjamin. Kita mengharapkan persoalan dan masalah masyarakat India terus dibela hanya menerusi BN yang lebih relevan khususnya masalah kewarganegaraan yang masih berterusan.

"Sebagai Menteri Dalam Negeri (KDN), saya turut beri prioriti kepada isu tersebut sehinggakan Jabatan Pendaftaran Negara telah menerima 5,894 permohonan dan 1,131 daripadanya telah diluluskan manakala 750 ditolak, 4,013 permohonan dalam proses," ujarnya lagi.--MalaysiaGazette


Tiada ulasan: