Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam) melihat polisi baru kerajaan negeri Selangor yang mewajibkan pemaju membina unit mampu milik dalam setiap pembinaan pangsapuri perkhidmatan, SOHO (rumah pejabat) dan Sovo (pejabat maya di rumah) sebagai langkah ke arah perlaksanaan kawalan harga rumah.
Polisi tersebut selari dengan cadangan HartaGuam sebelum
ini yang mahukan kerajaan sama ada kerajaan negeri mahu pun
persekutuan, memperkenalkan harga siling sesuatu harta tanah untuk
mengawal harganya yang makin meningkat dari tahun ke tahun.
Dasar itu juga sewajarnya diperluas untuk kesemua jenis
hartanah kediaman di negeri tersebut dan bukannya sekadar terhad untuk
unit pangsapuri perkhidmatan, SOHO dan Sovo sahaja.
Melalui dasar itu, dilaporkan pemaju diwajibkan membina
10 hingga 20 peratus unit mampu milik pada harga RM230,000 hingga
RM270,000 berbanding harga jualan hartanah SOHO dan Sovo yang kini
melebihi RM450,000 hingga RM500,000.
Walaupun melalui dasar itu kerajaan negeri telah
“menghapuskan” diskaun 10 peratus pembelian harta tanah untuk
bumiputera, ia dilihat tidak akan memberikan kesan terhadap pemilikan
harta tanah oleh bumiputera.
Tiada guna menawarkan diskaun kepada bumiputera
sedangkan harga jualan asal harta tanah yang ditawarkan oleh pemaju
sejak daripada awal lagi memang tidak mampu dimiliki oleh golongan
tersebut, khususnya belia.
Perlu perincian
Misalnya, jika harga jualan asal untuk sesuatu harta tanah pun sudah melebihi RM500,000, jika diskaun 10 peratus ditawarkan kepada bumiputera sekalipun, ia tetap tidak mampu dimiliki golongan bumiputera berpendapatan sederhana.
Akhirnya apabila tiada golongan bumiputera yang mampu membeli, harta tanah tersebut akan ditawarkan kepada golongan bukan bumiputera.

Sebaliknya, menetapkan harga siling untuk bumiputera
bagi sesuatu projek perumahan baru mampu memberi peluang kepada golongan
bumiputera berpendapatan sederhana memiliki rumah.
Pun begitu, dasar kerajaan negeri tersebut tidak harus hanya sekadar terhenti setakat itu sahaja.
Ia perlu diperincikan dengan lebih teliti supaya tiada pihak cuba mengambil kesempatan dengan membeli harta tanah tersebut secara pukal dan kemudian menjualnya kepada orang ramai dengan harga lebih mahal.

Kuota tersebut seharusnya dihadkan untuk golongan berpendapatan sederhana yang masih belum memiliki rumah sahaja.
Dasar 'harga patut'
Proses pemilihan juga haruslah dikaji dan diperketatkan untuk memastikan hanya golongan yang berhak sahaja dibenarkan membeli harta tanah dalam kategori tersebut.
Proses pemilihan juga haruslah dikaji dan diperketatkan untuk memastikan hanya golongan yang berhak sahaja dibenarkan membeli harta tanah dalam kategori tersebut.
Yang paling penting, kerajaan negeri perlu memberi
latihan dan pendedahan awal secara percuma kepada golongan belia atau
golongan bumiputera berpendapatan sederhana.
Ini supaya mereka merancang dan menguruskan pendapatan serta kewangan dengan baik sebelum membuat keputusan membeli harta tanah dalam kategori harga tersebut.
Ini supaya mereka merancang dan menguruskan pendapatan serta kewangan dengan baik sebelum membuat keputusan membeli harta tanah dalam kategori harga tersebut.
Apalah gunanya dasar “harga patut” diperkenalkan dengan
matlamat supaya lebih ramai golongan belia dan berpendapatan sederhana
memiliki harta tanah sendiri, tetapi semuanya tidak lepas dari segi
pembiayaan perumahan dengan bank.
Ini disebabkan kegagalan mereka merancang dan menguruskan pendapatan dan kewangan mereka dengan baik sejak daripada awal lagi.
Sudah pasti dasar tersebut tidak akan mencapai sasaran yang diharap-harapkan.
Sudah pasti dasar tersebut tidak akan mencapai sasaran yang diharap-harapkan.
SALKUKHAIRI BIN ABD SUKOR presiden Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan