MALAYSIAKINI
LIHAT VIDEO DI SINI
Pelbagai kontroversi melanda dirinya membuatkan populariti Datuk Seri Najib Razak tidak lagi seperti dulu.
Apa pun yang berlaku, walaupun tiada kena mengena, menyebabkan ada pihak mengambil kesempatan menyalahkan perdana menteri.
Ia malah berlaku bukan hanya dalam isu-isu negara, tetapi membawa juga kepada permasalahan jalan raya.
Hari ini, sebuah video dimuat naik di Youtube, memuatkan rakaman seorang
lelaki yang mengeluh kerana disaman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
kerana tidak memperbaharui cukai jalan.
Rakaman itu dimuat naik pengguna Internet menggunakan nama “Minah Tudung”.
Dalam rakaman 1.21 minit itu, kelihatan lelaki berkemeja T merah itu
mengeluh di tepi jalan dengan berlatar belakang pegawai JPJ yang sedang
menjalan tugas di belakangnya.
“Hari ini saya disaman oleh JPJ di lebuh raya Bukit Kayu Hitam dan
saya minta untuk Najib Tun Razak meletakkan jawatannya dengan segera
kerana telah banyak menyusahkan raktat Malaysia.
“Dan kami minta polis segala menangkap Najib Tun Razak,” katanya.
Rakaman itu, menurutnya dibuat di kawasan sempadan Kedah-Thailand di Bukit Kayu Hitam, Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus).
Dalam loghat Kedah, lelaki berbaju merah dalam umur dalam lingkungan
30-an itu mendakwa harga insurans motosikalnya telah menjadi mahal
daripada RM100 kepada RM135.
“Pihak insurans mengambil banyak sangat kos daripada rakyat,” katanya,
Untuk memperbaharui cukai jalan, seseorang itu perlu membayar insurans baru kenderaan terlebih dahulu.
Najib sedang berdepan kontroversi 1MDB, termasuk kemasukan wang
berbilion ringgit ke dalam akaun peribadinya serta identitinya yang
didedah sebagai Malaysian Official 1 yang disebut dalam saman Jabatan
Kehakiman, Amerika Syarikat.
Beliau menafikan menyalah guna dana awam untuk kepentingan peribadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan